awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Rusia tidak munasabah - Penganalisis politik

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2013
04:11 MYT
Dakwaan Rusia tidak munasabah - Penganalisis politik
Dakwaan Rusia kumpulan anti kerajaan Syria bertanggungjawab melancarkan senjata kimia dilihat tidak munasabah.
Ia disangkal penganalisis politik antarabangsa, Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusof yang menegaskan senjata berkenaan sukar diperolehi.
Katanya dakwaan tersebut mustahil kerana pada pengamatannya puak penentang tidak mempunyai senjata yang mencukupi untuk menentang kerajaan.
Rusia sebelum ini mendakwa bahawa pihaknya mempunyai bukti kukuh yang merumuskan pemberontak Syria bertanggungjawab dalam serangan senjata kimia di Damsyik, Ogos lalu.
Pendirian berkenaan bercanggah dengan pendirian negara Barat yang mendakwa serangan didalangi rejim Bashar Al-Assad.
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan dakwaan itu amat meragukan.
Tegasnya ia hanya provokasi penuh licik pihak tertentu bagi menjatuhkan kerajaan di Damsyik.
Amerika Syarikat, Britain dan Perancis mendakwa laporan penyiasat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) membuktikan serangan kimia dilancarkan tentera Syria.
Namun laporan yang didedahkan Isnin lalu hanya mengesahkan berlakunya 14 serangan senjata kimia dan gagal mengenalpasti pihak bertanggungjawab.
Topic Berkaitan
#Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusof
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan