Seramai lebih 1,500 penunjuk perasaan ditangkap di seluruh India dalam tempoh 10 hari lalu.

Menurut pihak berkusa, kesemua peserta protes itu ditahan kerana membantah undang-undang kewarganegaraan baharu republik itu.

Jumlah berkenaan merupakan tambahan kepada 4,000 lagi tahanan yang sudah dibebaskan.

Mereka ditahan atas alasan menggunakan kekerasan semasa demonstrasi.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan sejak Parlimen meluluskan undang-undang itu pada 11 Disember lalu.

BACA: Ekonomi India terjejas akibat undang-undang kewarganegaraan baru

BACA: Dr Mahathir tidak peduli jika India anggap beliau salah

Pakar demokrasi menyifatkan undang-undang itu mendiskriminasi umat Islam dan mengancam amalan sekular yang menjadi teras penubuhan negara berkenaan.

Undang-undang tersebut bertujuan memberi kewarganegaraan kepada minoriti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, Jain dan Parsi dari majoriti Muslim Afghanistan, Pakistan dan Bangladesh.

Pemohon mestilah masuk ke India pada atau sebelum 31 Disember 2014.