awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dalang di sebalik krisis tebusan Sydney dirasuk pemikiran melampau - Abbott

AFP
AFP
16/12/2014
01:39 MYT
Dalang di sebalik krisis tebusan Sydney dirasuk pemikiran melampau - Abbott
Abbott (gambar) berharap insiden di Martin Place itu menjadi pengajaran buat semua pihak. - Gambar Fail
Lelaki bersenjata warga Iran yang menjadi dalang krisis tebusan selama 16 jam di sebuah kafe di Sydney pada Isnin telah dirasuk oleh semangat dan pemikiran melampau selain mempunyai masalah mental kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott sambil menyifatkan insiden terbabit sebagai “satu wajah keganasan.”
Dalam insiden itu lelaki terbabit dan dua tebusan terbunuh dalam serbuan polis awal pagi tadi.
“Dia mempunyai sejarah berkaitan jenayah keganasan, dipengaruhi dengan pemikiran melampau dan mental yang tidak stabil. Tindakannya juga berselindung disebalik simbol pergerakan ISIL,” kata Abbott.
Lelaki berusia 50 tahun terbabit yang dikenali sebagai Man Haron Monis, menahan 17 tebusan di sebuah kafe di Sydney sejak Isnin.
Abbott berkata, lelaki itu sememangya dikenali oleh pihak berkuasa Australia.
“Kami tahu dia sering menghantar surat berbau menyinggung kepada keluarga anggota tentera yang terbunuh di Afganistan dan telah didapati bersalah berkaitannya, “ kata Abbott.
“Kami juga tahu dia menyebarkan bahan-bahan berkaitan ekstrimisme di talian. Tragiknya, ada di kalangan anggota masyarakat kita yang rela terbabit dengan aktiviti keganasan bermotifkan politik.
Abbott turut memuji pihak polis atas tindakan mereka mengakhiri krisis tebusan terbabit selain berharap insiden di Martin Place itu menjadi pengajaran buat semua pihak.
Topic Berkaitan
#Andre Scipione
#Australia
#keganasan
#Sydney cafe
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan