Skip to main content

Dunia

EU longgarkan peraturan bantuan negara bagi tangani kenaikan kos tenaga akibat perang Iran

71726195424_London.jpg
Peraturan baharu itu bertujuan membolehkan negara anggota EU bertindak segera bagi memastikan pertumbuhan syarikat yang paling terdedah tidak terjejas secara kekal oleh krisis semasa. - Gambar hiasan

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) melonggarkan peraturan bantuan negara yang biasanya ketat bagi membolehkan subsidi elektrik lebih tinggi kepada industri yang intensif tenaga serta langkah sokongan lain untuk mengurangkan kesan ekonomi akibat konflik di Asia Barat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Lonjakan harga tenaga baru-baru ini memerlukan tindakan segera,” kata Naib Presiden Suruhanjaya EU, Teresa Ribera pada Rabu.

Advertisement

Di bawah peraturan baharu yang berkuat kuasa sehingga hujung tahun ini, kerajaan negara anggota boleh memberikan sokongan lebih besar kepada industri intensif tenaga seperti pengeluaran keluli atau bahan kimia, membayar pampasan sehingga 70 peratus kos tambahan bahan api dan baja, serta memudahkan syarat pembayaran bantuan sehingga €50,000 (AS$58,490).

Peraturan baharu itu bertujuan membolehkan negara anggota “bertindak segera bagi memastikan pertumbuhan syarikat yang paling terdedah tidak terjejas secara kekal oleh krisis semasa,” menurut suruhanjaya itu.

Bantuan negara dalam EU biasanya dikawal ketat bagi memastikan persaingan adil antara syarikat di negara anggota yang lebih maju dan yang kurang berkemampuan, namun suruhanjaya boleh melonggarkan peraturan dalam keadaan kecemasan.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video