awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dari Haile Selassie ke Abiy Ahmed Alie

Razak Chik
Razak Chik
14/10/2019
16:02 MYT
Dari Haile Selassie ke Abiy Ahmed Alie
Kini, keadaan berubah sekelip mata dengan kemunculan tokoh yang menjanjikan era keamanan melalui visi dan kepemimpinan Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed Alie. - Bernama
TANDUK Afrika memang terkenal dengan pelbagai bentuk nestapa termasuk kemarau, kebuluran dan perang. Ethiopia dan Eritrea merupakan dua dari empat negara yang terletak di Tanduk Afrika ; yang dua lagi Somalia dan Djibouti dahulunya bermusuhan.
Siapa tidak ingat peristiwa kebuluran 1983-1985 yang disambut dengan usaha mengumpul dana bantuan melalui konsert Kumpulan Band Aid anjuran Bob Geldorf dan Midge Ure.
Kini, keadaan berubah sekelip mata dengan kemunculan tokoh yang menjanjikan era keamanan melalui visi dan kepemimpinan Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed Alie.
Abiy yang dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2 April 2018 bejaya membawa pelbagai pembaharuan dalam dan luar negara.
Usahanya mengakhiri perang 20 tahun dengan jiran di utara – Eritrea menjanjikan era baru dengan kewujudan keamanan yang sangat didambakan antara jiran yang asyik bercakaran.
Jawatankuasa Nobel Norway memilih Abiy atas usahanya berusaha membawa keamanan dengan Eritrea. Pada masa yang sama, Abiy juga mengambil langkah untuk membawa pelbagai pembaharuan merubah keadaan politik dalaman Ethiopia sendiri.
Pemilihan Abiy sebagai pemenang Hadiah Nobel bagi Keamanan tidak dijangka kerana desas desus sebelum ini menyebab calon yang paling menyerlah adalah Greta Thurnburg – aktivis alam sekitar muda dari Sweden. Donald Trump juga tanpa segan silu mendakwa dirinya calon paling layak dinobat pemenang berdasarkan usahanya bertemu dengan dictator Korea Utara Kim Jong Un.
Siri pengumuman pemenang Hadiah Nobel bermula awal minggu lepas dan berakhir pada Isnin. Senarai Pemenang Hadiah Nobel 2019 seperti berikut:
Fizik: James Peebles, Michel Mayor dan Didier Queloz (penemuan besar cakerawala)
Kimia: John B. Goodenough, M Stanley Whittingham dan Akira Yoshino (bateri Lithium-ion)
Fisiologi/Perubatan: William G. Kaelin Jr, Sir Peter J. Ratcliffe dan Gregg L. Semenza (bagaimana sel mengadaptasi kepada bekalan oksigen)
Kesusasteraan: Peter Handke
Sains Ekonomi: Abhijit Banerjee, Esther Duflo dan Michael Kremer (pendekatan eksperimental basmi kemiskinan)
Topic Berkaitan
#Abiy Ahmed Alie
#era keamanan
#ethiopia
#Hadiah Nobel
#perdana menteri ethiopia
#tanduk afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan