awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Tuntutan palsu: SPRM tahan tiga individu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dari Hillsborough ke Kanjuruhan: Jangan biarkan insiden begini berulang lagi

Faida Rahim
Faida Rahim
03/10/2022
04:15 MYT
Dari Hillsborough ke Kanjuruhan: Jangan biarkan insiden begini berulang lagi
Para penyokong menunjukkan rasa tidak puas hati dengan turun ke padang sekaligus membuatkan pihak berkuasa cuba mengawal situasi dengan melepaskan gas pemedih mata. - Foto REUTERS
LONDON: Mangsa yang terselamat dalam tragedi bola sepak Hillsborough mengirimkan mesej tanda simpati kepada kejadian yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Sabtu malam.
Dalam kejadian Hillsborough, kejadian menyebabkan 96 penyokong bola sepak Liverpool yang tidak bersalah meninggal dunia.
Kiriman mesej itu berpesan agar kejadian meragut nyawa penonton bola sepak tidak bersalah tidak patut berulang lagi di masa akan datang.
Difahamkan, kekecohan yang bermula di Stadium Kanjuruhan ketika perlawanan antara Arema FC vs Persebaya Surabaya.
Memetik laporan Kompas, insiden bermula apabila penyokong Arema FC (Aremania) tidak berpuas hati dengan keputusan apabila Aremania kalah dengan mata 2-3 dalam perlawanan menentang Persebaya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia
Dalam masa sama, para penyokong menunjukkan rasa tidak puas hati dengan turun ke padang sekaligus membuatkan pihak berkuasa cuba mengawal situasi dengan melepaskan gas pemedih mata.
Difahamkan, tindakan pihak berkuasa dilaporkan melanggar peraturan Badan Bolasepak Dunia (FIFA) iaitu penggunaan gas pemedih mata adalah dilarang dalam mana-mana perlawanan Liga Domestik atau peringkat antarabangsa.
Malangnya, asap gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan menghala ke arah tempat duduk yang sesak dengan penonton.
Asap gas pemedih mata menyebabkan ramai penonton bersesak mencari jalan keluar sekaligus membuatkan penyokong tidak sedarkan diri dan 125 kematian dicatatkan.
Topic Berkaitan
#Stadium Kanjuruhan
#Malang
#gas pemedih mata
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan