awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darius sang arnab paling besar di dunia, dicuri di UK

Agensi
Agensi
15/04/2021
01:59 MYT
Darius sang arnab paling besar di dunia, dicuri di UK
Annette Edwards menawarkan wang ganjaran sehingga 2,000 Pound kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga dapat mengembalikan Darius ke pangkuannya. - AP
"SESIAPA yang nampak seseorang bersama arnab sepanjang semeter, tolong laporkan segera kepada pihak polis!"
Itu antara banyak mesej yang disebarkan pihak berkuasa di United Kingdom apabila seekor arnab yang direkodkan sebagai yang paling besar di dunia, telah dilarikan dari kediamannya di England, lapor AP.
Darius, seekor arnab baka Continental Giant, didapati hilang dari sangkarnya di halaman belakang sebuah rumah di perkamungan Stoulton hujung minggu lalu.
Polis West Mercia bagaimanapun tidak menyatakan sebab kehilangan itu disimpulkan sebagai kecurian, berbanding kemungkinan haiwan itu melepaskan diri untuk merayau.
Polis juga merayu agar sebarang maklumat atau kelibat tentang Darius, yang berwarna kelabu-perang dan berukuran 129 sentimeter (4 kaki, 3 inci), disampaikan segera kepada pihak berkuasa.
Worlds biggest rabbit stolen from home in Worcestershire: "Owner Annette Edwards offers £1,000 reward for return of Guinness World Record-holding giant rabbit"https://t.co/3BIgLaEAAb pic.twitter.com/mVuWLOQfI4
— Mark Rees (@reviewwales) April 13, 2021
Darius merupakan pemegang Rekod Dunia Guinness sebagai arnab terbesar dan terpanjang. Arnab sejenis dengannya boleh mencapai berat antara 7 hingga 9 kilogram.
Pemiliknya, Annette Edwards, seorang pembiak baka arnab besar, menyeru pihak yang bertanggungjawab agar memulangkan Darius ke rumahnya yang terletak sekitar 160 kilometer di barat daya London.
A giant rabbit called Darius has been stolen from his Worcestershire home. Police are appealing for information on the whereabouts of the 4'6" rabbit who disappeared on Saturday night. Owner Annette Edwards is offering a £1,000 reward for her rabbit's safe return. pic.twitter.com/w2sZnCtRLc
— Mark Sparrow (@Markgsparrow) April 13, 2021
Edwards kini amat bersedih dengan kehilangan haiwan peliharaan kesayangannya itu.
Dia pada awalnya menawarkan wang tunai sehingga 1,000 Pound (RM5,680) sebagai ganjaran memberi maklumat sehingga dapat mengembalikan semula arnabnya itu ke pangkuannya, namun pada Selasa telah menaikkan tawarannya.
"Tolong... Tolong... Saya sangat sedih. Tolong pulangkan Darius saya. Saya naikkan ganjaran kepada 2,000 Pound (RM11,370)," ujarnya di Twitter.
Topic Berkaitan
#Darius
#arnab diculik
#arnab terbesar di dunia
#annette edwards
#continental giant rabbit
#rekod dunia Guinness
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan