awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Bandar beragama Islam dilarang masuk ke Majlis Aidilfitri Rumah Putih

Bernama
Bernama
02/05/2023
07:14 MYT
Datuk Bandar beragama Islam dilarang masuk ke Majlis Aidilfitri Rumah Putih
CAIR-NJ menyelar tindakan perkhidmatan United States Secret Service terhadap Datuk Bandar Mohamed T. Khairullah yang telah lama berkhidmat di New Jersey.- Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Seorang Datuk Bandar beragama Islam didakwa dihalang daripada menyertai sambutan Aidilfitri Rumah Putih yang turut dihadiri Presiden Joe Biden, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan, Majlis Perhubungan Amerika-Islam di New Jersey (CAIR-NJ) menyelar tindakan perkhidmatan United States Secret Service terhadap Datuk Bandar Mohamed T. Khairullah yang telah lama berkhidmat di New Jersey.
Menurut CAIR-NJ, Rumah Putih hanya memaklumkan beliau tidak dibenarkan masuk sejurus sebelum majlis bermula.
Pengarah Eksekutif CAIR-NJ Selaedin Maksut dalam satu kenyataan berkata tindakan itu disifatkan sebagai satu penghinaan dan tidak boleh diterima.
"Kami meminta Rumah Putih supaya mengetepikan keputusan itu dan menjemput semua Datuk Bandar, membatalkan senarai pantau dan mengemukakan permohonan maaf kepada Datuk Bandar," kata Maksut.
Jurucakap perkhidmatan itu, Anthony Guglielmi dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Khairullah tidak dibenarkan masuk ke Rumah Putih untuk turut sama mengahdiri majlis berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Bandar beragama Islam
#sambutan Aidilfitri Rumah Putih
#dihalang masuk
#Presiden Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan