awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Bandar Toronto letak jawatan terlibat hubungan sulit

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2023
01:00 MYT
Datuk Bandar Toronto letak jawatan terlibat hubungan sulit
John Tory mendedahkan beliau melakukan kesilapan dengan menjalin hubungan dengan salah seorang pekerja di pejabatnya. - Foto AP
TORONTO: Datuk Bandar Toronto, bandar terbesar di Kanada meletak jawatan selepas mengakui terlibat dalam hubungan sulit bersama seorang bekas kakitangan.
Dalam satu sidang akhbar, John Tory, 68, mendedahkan beliau melakukan kesilapan dengan menjalin hubungan dengan salah seorang pekerja di pejabatnya.
Tory yang dikenali sebagai individu konservatif dan lurus sebelum ini dianggap mempunyai sikap yang berbeza dengan Datuk Bandar terdahulu Rob Ford.
Ford sebelum ini dibelenggu skandal yang melibatkan minuman keras dan penggunaan dadah.
Tory pertama kali dipilih sebagai Datuk Bandar pada 2014, sebahagiannya atas janji untuk memulihkan kehormatan kepada pentadbirannya selepas tempoh bergolak Ford.
Tory baru-baru ini memenangi penggal ketiga.
Tempoh empat tahun Rob Ford sebagai Datuk Bandar di bandar terbesar Kanada itu telah dicemari oleh skandal minuman keras dan penggunaan kokain.
Ford kemudiannya meninggal dunia akibat kanser yang jarang ditemui.
Tory berkata beliau berasa kesal dengan perbuatannya dan memohon maaf kepada penduduk Toronto.
Topic Berkaitan
#John Tory
#letak jawatan
#hubungan sulit
#bekas kakitangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan