awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Degil enggan terbang pulang, Greta sekali lagi harung lautan

Razak Chik
Razak Chik
13/11/2019
16:20 MYT
Degil enggan terbang pulang, Greta sekali lagi harung lautan
Thunberg terpaksa pulang segera ke benua Eropah setelah Chile membatalkan rancangan menjadi tuan rumah COP25. - Reuters
SEKALI lagi remaja penyelamat dunia, Greta Thurnberg, akan mengharungi Lautan Atlantik kerana berdegil enggan menggunakan pesawat untuk pulang ke Eropah.
Penuntut sekolah berumur 16 tahun warga Sweden yang 'ponteng' sekolah selama setahun terpaksa pulang segera ke benua Eropah setelah Chile membatalkan rancangan menjadi tuan rumah sidang kemuncak perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) COP25 kerana kekecohan politik dan protes jalanan.
Sepanyol membuat tawaran ambil alih peranan tuan rumah persidangan yang sekarang ini akan diadakan di Madrid selama seminggu bermula 2 Disember.
Untuk menghadiri COP25, Greta menerima pelawaan pasangan Riley Whitelum dan Elayna Carausu yang terkenal sebagai keluarga berlayar keliling dunia bersama anak mereka Lenny. Keluarga dari Australia ini memulakan pelayaran sejak 2014 dan perjalanan mereka keliling dunia boleh diikuti melalui video YouTube.
Kapal layar berbentuk catamaran berukuran 48 kaki itu akan meninggalkan pelabuhan Virginia dan akan belayar selama tiga minggu untuk merentas Lautan Atlantik ke Sepanyol. Svante Thurnberg, bapa Greta dan seorang pelayar profesional Nikki Henderson akan turut sama dalam kapal layar Perancis yang diberi nama La Vagabonde itu. (Vagabonde bermakna pengembara atau bergelandangan).
La Vagabonde menggunakan tenaga solar dan generator hidro untuk menjana tenaga sepanjang pelayaran. Sebagai perbandingan, penerbangan hampir 4,000km dari New York ke California akan menghasilkan 20 peratus dari gas rumah hijau yang dijana sebuah kereta setahun.
Topic Berkaitan
#cop25
#Greta Thunberg
#la vagabond
#perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan