awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Delhi rekod suhu minimum 8.7 darjah Celcius, kualiti udara terus merosot

Bernama
Bernama
17/11/2025
07:15 MYT
Delhi rekod suhu minimum 8.7 darjah Celcius, kualiti udara terus merosot
Data menunjukkan bahawa lima stesen pemantauan mencatat kualiti udara 'tidak sihat', sementara 29 stesen merekodkan bacaan 'sangat tidak sihat'. - Foto Reuters
NEW DELHI: Delhi mencatat kualiti udara pada tahap 'sangat tidak sihat' pada Isnin dengan Indeks Kualiti Udara (AQI) keseluruhan sebanyak 356, meskipun bandar itu merekodkan suhu terendah musim ini iaitu 8.7 darjah Celsius, menurut Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat (CPCB) dan Jabatan Meteorologi India (IMD).

Ringkasan AI
  • Delhi mencatat kualiti udara pada tahap 'sangat tidak sihat' dengan AQI keseluruhan 356 pada Isnin, walaupun suhu terendah musim ini turun kepada 8.7 darjah Celsius.
  • Data dari aplikasi SAMEER CPCB menunjukkan bahawa lima stesen pemantauan mencatat kualiti udara 'tidak sihat', sementara 29 stesen merekodkan bacaan 'sangat tidak sihat' di antara 300 hingga 400.
  • Piawaian CPCB menetapkan AQI 301-400 sebagai 'sangat tidak sihat', sementara IMD melaporkan suhu minimum 8.7 darjah Celsius adalah 3.6 darjah lebih rendah daripada paras normal, dengan kelembapan pada 92 peratus.

Data aplikasi SAMEER CPCB menunjukkan lima stesen pemantauan mencatat kualiti udara dalam kategori 'tidak sihat', manakala 29 stesen mencatat bacaan 'sangat tidak sihat' antara 300 hingga 400, lapor Press Trust of India (PTI).
Menurut piawaian CPCB, AQI antara 0-50 dikategorikan sebagai 'baik', 51-100 'memuaskan', 101-200 'sederhana', 201-300 'tidak sihat, 301-400 'sangat tidak sihat' dan 401-500 'merbahaya'.
IMD berkata suhu minimum 8.7 darjah Celsius itu adalah 3.6 darjah lebih rendah daripada paras normal, dengan kelembapan pada tahap 92 peratus pada 8.30 pagi (11 pagi waktu Malaysia).
Suhu terendah sebelum ini direkodkan pada 29 Nov 2022 iaitu 7.3 darjah Celsius.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#New Delhi
#kualiti udara
#sangat tidak sihat
#suhu terendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan