4,000 kilometer. Lapan negara. Dua hati. Satu cinta.
Kisah jejaka miskin dan gadis kaya yang bertemu dan jatuh cinta. Mereka kemudiannya terpisah. Si jejaka berjanji akan membina hidup dan kembali bertemu si gadis. Tiba suatu hari, si jejaka nekad dan mula mengayuh basikal merentas lapan negara, semata-mata untuk bertemu dengan pencuri hatinya.
Sekali imbas, kisah ini mustahil wujud di dunia nyata dan hanya dibikin untuk mengisi layar perak. Namun inilah yang benar-benar berlaku kepada Dr Pradyumna Kumar Mahanandia dan Charlotte Von Schedvin.
Kisah yang kini mencecah lebih 100 ribu likes dan 80 ribu perkongsian dikirim di akaun Facebook Satyanarayan Patri.
Kisah epik ini bermula pada tahun 1975 apabila Von Schedvin yang ketika itu belajar di London pada usia 19 tahun, terbang ke India menjejak pelukis masyhur untuk meminta potretnya dilukis.
Pelukis itu bernama Mahanandia. Beliau ketika itu menuntut di Kolej Seni New Delhi, satu pencapaian yang tidak tergambarkan baginya yang berasal dari keluarga miskin dan berkasta rendah di Odisha.
“Bagi sudah ditakdir bintang-bintang, ketika potret dilukis, dia (Mahanandia) sudah terpukau dengan kejelitaaan, dan dia (Von Schedvin) tergoda dengan kesederhanaan. Cinta sudah bermula,” karang Satyanarayan dalam kiriman Facebook itu.
Walau dengan latar belakang jauh berbeza, mereka kemudian melangsungkan perkahwinan. Charlotte yang berdarah diraja Sweden itu mengambil nama India, Charulata.
Pada tahun 1978, tiba masanya untuk Von Schedvin pulang ke pangkuan keluarga. Beliau mengajak suami agar turut serta namun Mahanandia masih perlu menyambung pengajian.
Mahanandia berjanji akan ke Sweden sesudah pengajian beliau selesai.
Ribuan kilometer tidak memisahkan
Mereka kekal berhubungan melalui kiriman warkah dan walaupun berkali-kali Von Schedvin menawarkan tiket penerbangan, Mahanandia bertegas akan ke sana dengan titik peluh sendiri.
Mahanandia menjual segala harta benda dan membeli sebuah basikal terpakai. Bersama-sama dengan berus lukisan, cat warna, dan sebuah cinta — beliau memulakan pengembaraan.
Beliau berkayuh sejauh 4,000 kilometer merentas Afghanistan, Iran, Turki, Yugoslavia, Jerman, Austria, dan Denmark.
Sepanjang perjalanan, berkali-kali basikal beliau rosak. Adakalanya beliau berkayuh tanpa mengalas perut. Namun semua itu gagal memadam obor cinta yang kekal menyala.
Selepas empat bulan dan tiga minggu yang penuh dugaan, Mahanandia akhirnya tiba Gothenburg, Sweden.
Ketika itu tidak banyak negara yang mensyaratkan visa untuk para pengembara. Ketika tiba di sempadan Sweden, pegawai imigresen tergamam apabila seorang lelaki tiba dari India dengan basikal semata-mata untuk bertemu dengan isteri tercinta.
Selepas 40 tahun berlalu, pasangan suami isteri ini bahagia bersama dua cahaya mata dan menetap di Sweden. Mahanandia kini bergelar penasihat seni dan kebudayaan bagi kerajaan Sweden.
Nizam Bakeri
Fri Dec 18 2015
Kisah jejaka miskin dan gadis kaya bertemu, jatuh cinta, dan berpisah. 4,000 kilometer diharung dengan sebuah basikal terpakai. - Foto Facebook
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Demi cinta: Lelaki kayuh basikal 4,000 kilometer dari India ke Sweden
Kisah jejaka miskin dan gadis kaya bertemu, jatuh cinta, dan kemudian berpisah. Demi cinta, jarak 4,000 kilometer diharung dengan sebuah basikal terpakai.