awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dengan deria bau tajam, tikus Afrika kesan penyeludupan hidupan liar

Bernama
Bernama
31/10/2024
22:30 MYT
Dengan deria bau tajam, tikus Afrika kesan penyeludupan hidupan liar
Satu kajian melibatkan 11 haiwan ini menunjukkan, tikus besar dikenali sebagai Cricetomys ansorgei ini mampu mengesan bahagian-bahagian yang diseludup walaupun disembunyikan di antara bahan lain - Foto Wikipedia
CAPE TOWN: Tikus besar Afrika, yang terkenal dengan deria bau yang luar biasa kini digunakan untuk mengesan penyeludupan hidupan liar dan perdagangan tumbuhan haram, kata para saintis dalam jurnal Frontiers in Conservation Science, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Tikus besar ini, yang dikenali secara saintifik sebagai Cricetomys ansorgei, menggunakan deria bau mereka yang tajam untuk membantu mengesan penyeludup dan melindungi spesies terancam.
Detektif hidupan liar ini mampu mengesan barangan haram seperti gading gajah, sumbu badak, sisik tenggiling dan kayu hitam Afrika.
Satu kajian melibatkan 11 tikus besar itu menunjukkan bahawa haiwan ini mampu mengesan bahagian-bahagian yang diseludup walaupun disembunyikan di antara bahan lain, kata penulis bersama Isabelle Szott daripada Yayasan Okeanos Jerman.
Tikus-tikus ini juga dilaporkan mempunyai ingatan yang baik, mampu mengenal pasti bau - walaupun tidak terdedah kepada bau berkenaan sehingga lapan bulan, menurut penulis bersama Kate Webb daripada Duke University di North Carolina, Amerika Syarikat.
Pasukan penyelidik bekerjasama dengan organisasi Belgium, Apopo di Tanzania, yang mengendalikan pusat latihan untuk tikus besar itu. Apopo sudah menggunakan haiwan ini untuk membersihkan periuk api di negara-negara seperti Angola dan Kemboja, dan melatih mereka untuk mengesan tuberkulosis di kemudahan perubatan.
Szott berkata penggunaan tikus ini sebagai pengesan bau bukan sahaja lebih murah, tetapi juga lebih cepat berbanding kaedah saringan sedia ada.
Menurut Szott, tikus-tikus ini boleh memasuki ruang sempit dalam kontena penghantaran atau memeriksa sistem pengudaraan kontena yang tertutup.
Beliau berkata kajian ini berfungsi sebagai bukti konsep, menunjukkan bahawa tikus besar boleh mengenal pasti hidupan liar yang diseludup dalam persekitaran terkawal. Fasa seterusnya akan melibatkan ujian keberkesanan mereka dalam keadaan sebenar, kata Szott lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tikus besar Afrika
#deria bau
#Cricetomys ansorgei
#seludup hidupan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan