awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Denggi bakal jadi ancaman terbesar di Eropah, AS

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2023
00:30 MYT
Denggi bakal jadi ancaman terbesar di Eropah, AS
Suhu yang lebih panas secara tidak langsung menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan nyamuk dan menyebarkan penyakit berjangkit. - Gambar hiasan
GENEVA: Demam denggi bakal menjadi ancaman besar di selatan Amerika Syarikat (AS), selatan Eropah dan beberapa bahagian di Afrika dalam dekad ini.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ketua saintisnya memaklumkan, suhu yang lebih panas secara tidak langsung menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan nyamuk dan menyebarkan penyakit berjangkit.
Denggi sudah lama mencengkam di Asia dan Amerika Latin, menyebabkan sekurang-kurangnya 20,000 kematian setiap tahun.
Kadar penyakit itu juga meningkat lapan tahun berturut-turut sejak 2000, dipercayai diakibatkan oleh perubahan iklim dan pertambahan populasi.
Selain itu, banyak kes tidak direkodkan, namun pada 2022, sebanyak 4.2 juta kes dilaporkan di seluruh dunia.
Bangladesh misalnya, kini berdepan jangkitan meluas, menyaksikan lebih 1,000 orang maut.
Dalam hal ini, pakar penyakit WHO, Jeremy Farrar bekata, pelbagai pihak perlu berbincang lebih lanjut mengenai denggi dan ancamannya pada dekad ini.
Tambah beliau, WHO sendiri perlu membantu negara-negara dunia yang mudah dijangkiti untuk bersedia dengan situasi terburuk dengan wabak denggi.
Topic Berkaitan
#demam denggi
#ancaman besar
#WHO
#suhu panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan