COPENHAGEN: Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen mengumumkan pada Rabu bahawa kebanyakan sekatan untuk memerangi COVID-19 di negara itu akan ditarik balik mulai 1 Feb, lapor Xinhua.
"Kita sedang melalui fasa kritikal," kata Frederiksen pada sidang media pada Rabu, selepas mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Wabak di Parlimen.
"Hari ini kita boleh katakan kita bersedia keluar daripada bayangan COVID-19. Kita ucapkan selamat tinggal kepada sekatan dan selamat kembali kepada kehidupan sebelum wabak."
Mulai Selasa depan, rakyat tidak perlu memakai pelitup muka apabila memasuki pasar raya atau menaiki pengangkutan awam, dan pelanggan di restoran dan bar tidak perlu mengemukakan sijil vaksin COVID-19 melainkan institusi terbabit secara khusus memintanya.
Meskipun bulan pertama 2022 menyaksikan kadar jangkitan harian tertinggi di negara itu, Frederiksen berkata bahawa keputusan pada Rabu bermakna "virus COVID-19 tidak lagi dianggap sebagai penyakit kritikal masyarakat."
Beliau menambah: "kadar vaksin yang tinggi ternyata... senjata utama kita, dan ia telah memberi perlindungan yang kuat terhadap jangkitan yang masih wujud dalam komuniti."
Bagaimanapun, kerajaan akan mengekalkan keperluan menjalani ujian dan pengasingan bagi individu tertentu ketika memasuki Denmark, iaitu golongan belum divaksin atau sebelum ini pernah dijangkiti.
Perdana menteri juga menekankan bahawa penjagaan tambahan perlu diambil terhadap golongan rentan termasuk warga emas, dan penghidap penyakit kronik.
Bagaimanapun, golongan rentan di seluruh negara bimbang dengan keputusan kerajaan, menurut persatuan pesakit Asma Alergi Denmark.
"Pembukaan semula secara drastik dan tanpa syarat akan memberi impak besar kepada kebanyakan golongan rentan di negara ini, termasuk penghidap asma dan mereka dengan penyakit kronik," kata persatuan itu.
"Mereka perlu bergaul dengan masyarakat dan dalam masa yang sama mereka tidak dapat mengelak daripada berhubung secara langsung dengan golongan dijangkiti."
Persatuan itu menggesa pihak berkuasa memperhebat kempen kesedaran terhadap golongan rentan.
Dalam tempoh 24 jam lepas, sebanyak 46,747 kes baharu dan 21 kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 1,531,518 dan 3,656 korban sejak pandemik itu bermula.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Frederiksen berkata bahawa keputusan pada Rabu bermakna "virus COVID-19 tidak lagi dianggap sebagai penyakit kritikal masyarakat." (Foto AP)
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark - Rexy
Katanya, Malaysia berpotensi mendapat mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar.
Ratu Denmark Margrethe II umum turun takhta
Ratu Denmark, Margrethe II umum turun takhta secara rasmi pada 17 Januari, selepas 52 tahun memerintah negara Nordik itu.
Itali buru slot Euro 2024
Ia sekali gus memberi kelebihan kepada Itali menjelang pertemuan penentuan dengan Ukraine pada Selasa untuk mengesahkan tempat ke Euro 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Denmark haramkan pembakaran al-Quran
Keselamatan negara menjadi 'sebab utama' pengharaman tersebut.
Ukraine akan terima jet F-16 dari Belanda, Denmark
Ukraine terima 42 jet F-16 buatan AS yang canggih untuk membantu menangkis pencerobohan Rusia.
Denmark menerajui EU dalam penggunaan media digital - Tinjauan
Denmark menerajui Kesatuan Eropah (EU) dari segi penggunaan media digital, menurut data tinjauan terbaru.
Isu serangan terhadap al-Quran: Malaysia harap Denmark bertindak
Mohd Na'im berkata, Malaysia akan meneruskan usaha menerangkan kesucian agama Islam kepada dunia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bahrain kutuk insiden bakar al-Quran di Denmark
Pada Jumaat, kumpulan Danske Patrioter Denmark berhaluan kanan membakar senaskhah al-Quran dan memijak bendera Iraq di hadapan Kedutaan Iraq di Copenhagen.