Korea Utara percaya bahawa satu-satunya cara praktikal untuk menggerakkan usaha ke arah denuklearisasi (pembubaran program nuklear) ialah dengan mengambil pendekatan baharu memberi keutamaan kepada usaha "membina keyakinan" dan melaksanakan semua perkara dalam kenyataan bersama secara seimbang dan melalui fasa.
Pada Sidang Kemuncak Nuklear yang diadakan di Singapura pada Jun, pemimpin Korea Utara dan Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan kenyataan bersama yang menggariskan empat persetujuan utama.
"Hanya apabila Amerika Syarikat memastikan bahawa kami berasa selasa dan semakin menghampirinya, maka kami dapat membuka minda kami kepada AS dan membuktikannya melalui tindakan," kata Menteri hal Ehwal Luar Korea Utara, Ri Yong-Ho pada Forum Serantau ASEAN ke-25 pada Sabtu.
Ini adalah intipati semangat perjanjian yang dikongsi oleh pemimpin Korea Utara dan Amerika Syarikat, kata Ri.
Bagaimanapun, Ri menarik perhatian bahawa "apa yang membimbangkan ialah langkah-langkah tegas yang ditunjukkan oleh Amerika Syarikat untuk kembali kepada yang lama, jauh dari hasrat para pemimpinnya."
Dalam kenyataan bersama pada Jun, kedua-dua negara komited untuk menjalin hubungan baharu Amerika Syarikat-Korea Utara, mewujudkan rejim damai yang berkekalan dan stabil di Semenanjung Korea, memastikan denuklearisasi di Semenanjung Korea, dan memulihkan dan penghantaran kembali jasad POW/MIA (Tawanan Perang/Hilang Sewaktu Bertugas).
Menurut Ri, Korea Utara telah memulakan langkah muhibah berhubung moratarium ke atas ujian nuklear dan ujian pelancaran roket dan pembubaran tapak bagi ujian nuklear.
"Bagaimanapun, Amerika Syarikat yang sepatutnya memberi respon kepada langkah-langkah itu, telah bersuara lebih lantang bagi mengekalkan sekatan ke atas Korea Utara dan menunjukkan sikap mundur ke belakang, apatah lagi untuk mengisytiharkan berakhirnya perang, langkah asas bagi mewujudkan keamanan di Semenanjung Korea," kata Ri.
Forum Serantau ASEAN ke-25 dihadiri oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah.
Saifuddin mengetui delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-51/Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Singapura bermula 4 Ogos.
Pada sidang media penutup, Menteri Hal Ehwal Singapura, Dr Vivian Balakrishnan berkata Forum Serantau ASEAN mengulangi tentang pembubaran program nuklear Korea Utara secara "Complete, Verifiable and Irreversible" (CVID) dan untuk ini, kami mencapainya secara aman."
Kami mengadakan perbincangan secara jujur pada ARF dengan dihadiri Korea Utara, Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Ada isu-isu utama yang perlu diselesaikan," kata beliau.
Balakrishnan menyifatkan perbiincangan pada Forum tersebut sebagai "sangat terus-terang dan jujur".
Pengerusi ASEAN serta hos Sidang Kemuncak Nuklear Amerika Syarikat-Korea Utara bagi tahun ini menaruh harapan bahawa "penyelesaian akan dapat dicapai terhadap isu-isu yang telah berlarutan."
"Jadi, kita perlu tunggu dan menyokong apa sahaja yang boleh," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 04 2018
Korea Utara sedang berusaha membina persepsi baharu tentang imejnya di seluruh dunia. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik
Ia akan mengambil kira corak tontonan seseorang dan seterusnya melalui integrasi AI membawanya ke bahagian yang dia akan suka tonton.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Satu mayat ditemukan dalam sungai susulan jambatan di Baltimore runtuh
Perlanggaran pada awal Selasa itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata segera di Gaza tanpa veto AS
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan Hamas.
Hampir separuh penyelidik AI terbaik dunia berasal dari China
AS mengekang akses kepada cip terkini China bagi memastikan status sebagai negara dengan kemajuan teknologi terkini tidak akan dipintas.
PBB sebulat suara lulus resolusi kawal AI
Perhimpunan Agung PBB sebulat suara menerima pakai resolusi global pertama mengenai kecerdasan buatan atau (AI).
Presiden Joe Biden anugerah geran, pinjaman RM94.8 bilion kepada Intel
Presiden Joe Biden menyerahkan geran dan pinjaman hampir $20 bilion (RM94.8 bilion) kepada Intel sekali gus merupakan peruntukan terbesar kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam pemberian subsidi.
Ukraine perlu perkuat pertahanan udara - Volodymyr Zelenskiy
Ukraine perlu memperkuat pertahanan udaranya untuk menghentikan serangan Rusia ke wilayah Sumy yang bersempadan dengan Rusia pada Selasa.