SEBUAH pesawat United Airlines yang berlepas dari San Francisco ke Hawaii terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas sebahagian enjin pesawat bertaburan di udara.
Ketika kejadian, pesawat tersebut membawa 373 penumpang dan anak kapal.
Adegan cemas itu bermula apabila pesawat Boeing 777-222 berkenaan bersedia untuk mendarat dalam tempoh 35 minit di Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu.
Dalam keadaan panik, beberapa penumpang sempat merakamkan saat bahagian luar enjin tersebut bertaburan di udara.
Erik Haddad, seorang jurutera Google yang menaiki pesawat tersebut sempat berkongsi detik cemas berkenaan di akaun Twitter miliknya.
Haddad mengambil beberapa keping gambar berserta video yang menampakkan bahagian enjin pesawat itu 'berkecai'.
Selain Haddad, seorang lagi penumpang pesawat, Maria Falaschi turut memuat naik insiden berkenaan di laman Twitternya beserta kapsyen “scariest flight of my life.”
Namun sejurus selepas itu Falaschi menambah dalam muat naik seterusnya di Twitternya, “the pilots did a great job, so did the crew.”
Ini kerana, menurutnya, sewaktu kejadian para penumpang diminta mengikut prosedur pendaratan cemas dan anak kapal berjaya menjalankan tugas mereka dengan tenang.
Pesawat dengan nombor siri UA1175 itu bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat di Honolulu tepat jam 12.38 tengah hari waktu tempatan.
Kesemua 373 penumpang dan anak kapal selamat.
APTN
Thu Feb 15 2018

Keadaan enjin pesawat UA1175 itu ketika mendarat di Honolulu. -Reuters

Selepas 40 jam, mayat remaja lemas ditemui terapung di tepi sungai
Mayat mangsa dijumpai oleh penduduk kampung dan dibawa naik ke darat dengan bantuan pihak polis dan bomba.

Politik | MCA kekal bersama BN pada PRU-15
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan parti itu akan terus kekal bersama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Jenayah | Lelaki didakwa lakukan amang seksual pada anak
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada Ahad atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya. Tertuduh, berusia 42 tahun merupakan pekerja pendawaian bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Lima bilik darjah SK Tengku Budriah rosak akibat ribut
Buat sementara ini, 136 murid Tahun Satu sekolah itu akan menumpang di bilik Tahun Enam, manakala murid Tahun Enam akan ditempatkan di sebuah bilik khas yang disediakan.

432 petugas barisan hadapan di Bekenu divaksin
Kesemua petugas barisan hadapan itu menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-bioNTech

Demi makhluk unik... Australia bina santuari platypus pertama di dunia
Ini bagi mempromosikan pembiakan dan pemulihan kerana mamalia tersebut kini menghadapi kepupusan akibat perubahan iklim.

AWANI Ringkas: MCA komited kekal bersama BN

UFC 259: 7 kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sasar kejuaraan lightweight
Petarung Rusia, Islam Makhachev menewaskan Drew Dober dari Amerika Syarikat menerusi submission pada pusingan ketiga.

Lawatan PM | Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah. Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

Seorang bapa dituduh lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Bapa kepada tiga anak ini didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Bandar Putra Kulai pada Jun dan Febuari tahun lepas.

Detik cemas penumpang UA1175 apabila enjin pesawat 'berkecai' di udara
Ketika kejadian, pesawat tersebut membawa 373 penumpang dan anak kapal.