INTERNATIONAL
Dewan Bataclan, tumpuan utama serangan pengganas di Paris

Anggota polis Perancis sedang berkawal bersebelahan seorang mangsa di luar sebuah cafe di Paris. - REUTERS/Christian Hartmann
SEKURANG-KURANGNYA 100 orang dilaporkan terbunuh di dewan konsert Bataclan susulan serbuan polis bagi menyelamatkan tebusan kumpulan bersenjata di dalam bangunan itu.
Lebih 1,000 orang dikatakan berada di dalam dewan berkenaan ketika itu bagi menyaksikan sebuah konsert oleh kumpulan rock dari Amerika Syarikat, Eagles of Death Metal sebelum kumpulan bersenjata itu menembak secara rambang ke arah penonton.
Sekurang-kurangnya dua ahli kumpulan itu dilaporkan ditembak mati oleh pasukan keselamatan.
FOTO REUTERS/Christian Hartmann
FOTO REUTERS/Christian Hartmann
Dewan ini telah dibina pada abad ke 19 untuk tujuan mengadakan persembahan teater.
Keadaan sekitar dewan konsert Bataclan - Foto Google Streetview
“Semasa kejadian, semua orang terus merebahkan diri ke lantai dan tidak bergerak. Saya tidak tahu berapa lama saya begitu tetapi ia rasa sangat lama,” tambah beliau.
Foto REUTERS/Philippe Wojazer
Ahli kumpulan Eagles of Death Metal pula selamat melarikan diri, lapor The Washington Post.
Ibu kepada pemain dram kumpulan itu, Mary Lou Dorio berkata, anaknya, Julian Dorio dan ahli kumpulan yang lain melarikan diri sebaik sahaja tembakan dilepaskan.
Foto dari EODM Facebook
“Ia sangat dasyat. Anak saya terus menuju ke balai polis di mana beliau telefon isterinya,” kata Mary.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami