BANGKOK: Meskipun langkah sekatan lebih ketat dikuat kuasa, kes COVID-19 di Thailand terus mencatat rekod tertinggi pada Rabu, dengan 13,002 jangkitan baharu dan 108 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Setakat ini, jumlah jangkitan keseluruhan di negara ini telah mencecah 439,477 dan angka korban meningkat kepada 3,610, sejak pandemik dikesan Januari tahun lalu.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata kes baharu termasuk 2,971 melalui pengesanan kes aktif, 1,049 banduan dan 31 kes import.
Beliau berkata kes kematian melibatkan 59 lelaki dan 49 wanita berusia antara 25 hingga 96 tahun, termasuk 106 penduduk tempatan, masing-masing seorang warga China dan India.
Terkini, katanya 131,411 orang masih dirawat di hospital dengan 3,786 berada dalam keadaan kritikal dan 879 diberi bantuan mesin pernafasan.
"Kadar jangkitan di wilayah timur laut meningkat dengan ketara. Kami mendapati pesakit COVID-19 melakukan perjalanan dari Bangkok ke kampung halaman mereka dan menyebabkan lebih banyak jangkitan... Tolong bekerjasama dengan kami, jangan balik kampung kerana katil hospital di wilayah lain juga hampir penuh," katanya.
Bangkok, pusat pandemik terbaharu, mencatat 2,921 kes baharu dan 40 kematian.
Sementara itu, Dr Apisamai berkata lebih banyak tempat dan perniagaan di Bangkok dan 12 wilayah di zon merah gelap akan ditutup selama dua minggu,
Menurut beliau taman awam, semua padang sukan, kolam renang, perpustakaan, muzium, salun kecantikan termasuk salun rambut dan kuku, kedai tatu akan ditutup.
Buat masa ini, kerajaan mengenakan larangan berhimpun melebihi lima orang dan perintah berkurung dari 9 malam hingga 4 pagi di 13 zon merah gelap.
Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Darat mengumumkan semua perkhidmatan pengangkutan awam antara wilayah dan penerbangan domestik keluar masuk melibatkan ke zon merah gelap jugadigantung selama dua minggu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021
Dr Apisamai Srirangsan berkata kes baharu termasuk 2,971 melalui pengesanan kes aktif, 1,049 banduan dan 31 kes import. - BERNAMA
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.