Universiti Al-Azhar ambil keputusan membuang seorang pelajar wanita selepas muncul dalam video yang memaparkan wanita berkenaan sedang memeluk seorang lelaki.
Pihak universiti mendakwa pelajar tersebut telah merosakkan reputasi universiti.
Video yang tular awal bulan ini menunjukkan seorang lelaki muda membawa sejambak bunga dan berlutut di hadapan seorang wanita dan kemudian memeluknya dalam video yang dipercayai sebuah permintaan untuk menjadikan wanita itu sebagai isteri.
Video itu tidak dirakam di kawasan universiti Al-Azhar, tetapi di satu lagi pusat pendidikan tinggi, iaitu Universiti Mansoura yang terletak di bahagian utara negara itu.
Bagaimanapun, majlis disiplin Universiti Al-Azhar di Mansoura pada Ahad memutuskan untuk membuang gadis muda itu.
Jurucakap universiti, Ahmed Zarie berkata video itu telah menyebabkan “bantahan awam” dan keputusan universiti untuk membuangnya berikutan pelajar berkenaan menunjukkan “imej buruk” Al-Azhar, yang mengasingkan jantina lelaki dan perempuan dalam sesi pembelajaran.
Beliau berkata pelukan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin melanggar “nilai dan prinsip masyarakat”.
Bagaimanapun katanya, pelajar berkenaan masih boleh merayu terhadap keputusan itu.
Sementara itu, jurucakap Universiti Mansoura berkata, pemuda yang turut dirakamkan di dalam video itu juga berhadapan sekatan, dan memaklumkan majlis disiplin akan bermesyuarat pada Isnin untuk memutuskan ‘hukuman’ ke atasnya.
Mesir, negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, masih dilihat sebagai sebuah masyarakat yang konservatif di rantau itu.
Sinar Harian
Sun Jan 13 2019
Pihak universiti mendakwa pelajar tersebut telah merosakkan reputasi universiti. - Foto Sinar Harian
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa gencatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin.
Sarawak mahu pengamal media, pelajar jadi ejen tidak rasmi sampaikan sentimen rakyat
Datuk Abdullah Saidol, berkata ini supaya Kerajaan Negeri dapat mengetahui sejauh mana rakyat faham tentang dasar yang dilaksana.
3,000 pelajar di Parlimen Bandar Tun Razak terima sumbangan 'Back To School'
Sejumlah 3,000 pelajar dari 29 sekolah rendah dan menengah sekitar Parlimen Bandar Tun Razak menerima sumbangan persediaan persekolahan menerusi program 'Back To School'.
4,274 pelajar di pantau timur terima manfaat bantuan pendidikan YBR
Sejumlah 4,274 murid sekolah dan pelajar IPT di Kelantan, Terengganu dan Pahang menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR.
Sarjan disyaki rogol pelajar dibebaskan dengan jaminan polis
Kertas siasatan kes terbabit sudah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Rabu lalu.
Didakwa rogol pelajar Tingkatan Empat, anggota polis ditahan
Pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan beberapa saksi bagi melengkapkan kertas siasatan.
'Jangan gopoh buat keputusan' - Tengku Zafrul titip pesan kepada para pelajar
Beliau juga berharap anak muda lebih berminat menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi selepas tamat persekolahan.
Ujian kesihatan mental di sekolah Korea Selatan kesan pelajar berisiko
Kementerian itu berkata "mind EASY test" akan dijalankan dalam talian supaya ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa
Pelajar terjejas banjir di Kelantan dibenarkan berpakaian biasa esok - JPN
Pengarah JPN Kelantan Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz berkata kelonggaran itu diberikan hingga satu tempoh yang akan dimaklumkan semula.
'Dia lupa peluk saya...' - Ibu pelajar maut jatuh balkoni
Fazlina seakan tidak menyangka gurauan anaknya adalah yang terakhir sebelum anak sulong dari tiga beradik itu meninggal dunia.