awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2025 tahun terpanas, paling cerah dalam sejarah United Kingdom
Indonesia perkenal khidmat masyarakat, mediasi ganti hukuman penjara
Jalan licin akibat ais ganggu pergerakan kenderaan di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didakwa langgar sekatan COVID-19, populariti Boris Johnson terus menjunam

Agensi
Agensi
12/12/2021
15:24 MYT
Didakwa langgar sekatan COVID-19, populariti Boris Johnson terus menjunam
Johnson digesa untuk meletak jawatan selepas didakwa menyertai parti di Downing Street pada 18 Dis 2020. - REUTERS/Hannah McKay
LONDON: Boris Johnson berdepan kritikan pada Ahad susulan dakwaan melanggar sekatan COVID-19 pada perayaan Krismas tahun lalu.
Perdana Menteri Britain itu digesa untuk meletak jawatan selepas didakwa menyertai parti di Downing Street pada 18 Dis 2020.
Johnson berulang kali menjelaskan acara itu mematuhi sekatan penjarakan sosial yang dilaksanakan pada masa itu dan telah mengarahkan siasatan dalaman dijalankan.
Namun Sunday Mirror menerbitkan gambar Johnson yang dikatakan telah diambil tiga hari sebelum pesta itu, di mana beliau dilihat menyertai "kuiz maya" bersama kakitangannya.
Kuiz itu membabitkan empat pasukan dengan enam orang dalam setiap pasukan, mengambil bahagian untuk mengumpul dana kebajikan.
Parti Krismas, terutamanya membabitkan aktiviti sosial, tidak dibenarkan ketika itu.
Penarafan peribadi Johnson kini berada pada tahap terendah sejak pilihan raya, dengan skor penilaian pada -35 peratus, turun 14 mata dari dua minggu lalu.
Tinjauan juga menunjukkan bahawa 57 peratus pengundi berpendapat Johnson harus meletakkan jawatan, meningkat daripada 48 peratus dua minggu lalu.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#COVID-19
#Britain
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan