awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dipenjara kerana lakukan seks luar tabii dengan 12 haiwan

Agensi
Agensi
26/04/2019
00:26 MYT
Dipenjara kerana lakukan seks luar tabii dengan 12 haiwan
Mereka mengaku bersalah atas 730 pertuduhan lakukan seks luar tabii dengan haiwan dan kekejaman terhadap haiwan. - Foto Agensi
Tiga lelaki di Amerika Syarikat telah dijatuhi hukuman penjara sehingga 41 tahun kerana melakukan hubungan seks luar tabii dengan kuda, kambing, lembu dan anjing sepanjang tempoh lima tahun.
Matthew Brubaker, 31, Terry Wallace, 41, dan Marc Measnikoff, 34, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas 12 haiwan di daerah Clearfield di Pennsylvania.
Ketiga-tiga mereka dihukum penjara 20 hingga 41 tahun di penjara negeri dengan dan diletakkan di bawah tempoh percubaan.
Brubaker, Wallace dan Measnikoff didakwa melakukan hubungan seks luar tabii dengan sembilan kuda betina, lembu, kambing dan anjing serta turut merakamkan aksi tidak berperikemanusiaan itu.
Seorang remaja yang tinggal di khemah sementara di ladang ternakan di Munson didakwa turut bersubahat dengan ketiga-tiga defendan.
BACA: 8 lelaki didakwa 'rogol' kambing bunting sampai putus nyawa
Mereka yang ditahan pada Ogos tahun lalu mengaku bersalah atas 730 pertuduhan lakukan seks luar tabii dengan haiwan dan kekejaman terhadap haiwan.
Hakim Paul Cherry menyifatkan kes itu sebagai salah satu perbuatan paling menjijikkan dan keji.
Sementara itu, Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) di daerah Clearfield telah dipanggil untuk menjaga kesemua haiwan terbabit. - Daily Mail
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#anjing
#Daily Mail
#hubungan seks luar tabii
#kambing
#kuda
#lembu
#penjara
#remaja
#rogol
#seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan