awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS dipinggirkan dunia, cetus ketidaktentuan geopolitik antarabangsa - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
20/12/2023
14:00 MYT
AS dipinggirkan dunia, cetus ketidaktentuan geopolitik antarabangsa - Penganalisis
Herizal berkata dunia menyaksikan Amerika Syarikat dipinggirkan oleh komuniti antarabangsa khususnya apabila melibatkan isu Palestin. - foto/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dunia menyaksikan Amerika Syarikat dipinggirkan oleh komuniti antarabangsa khususnya apabila melibatkan isu Palestin, yang akan memberi kesan besar kepada geopolitik global.
Penganalisis Ekonomi, Politik dan Antarabangsa, Herizal Hazri berkata, senario ini lebih mencemaskan memandangkan Pilihan Raya Presiden akan berlangsung pada 2024 dengan tiada calon yang meyakinkan untuk mempertahan kedudukan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar utama.
“Melihat kepada kedudukan Amerika Syarikat sebagai adikuasa dunia dan bagaimana mereka dipinggirkan di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dengan 153 undi di Perhimpunan Agung PBB yang mengundi untuk kuatkuasakan gencatan senjata di Gaza, cuma 10 negara (bersama dengan Amerika Syarikat) yang kebanyakkannya negara-negara kepulauan yang tidak ada kuasa sebenar dalam geopolitik dunia.
“Kita boleh bayangkan kalau Amerika Syarikat dipinggirkan sebagai adikuasa di PBB, dan kita ada dua calon utama untuk Pilihan Raya Presiden 2024, yang kita rasakan kedua-duanya bukan calon yang baik, senario geopolitik dunia sangat membimbangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Penganalisis Ekonomi, Politik dan Antarabangsa, Herizal Hazri berkata dunia menyaksikan Amerika Syarikat dipinggirkan oleh komuniti antarabangsa khususnya apabila melibatkan isu Palestin, yang akan memberi kesan besar kepada geopolitik global. #AgendaAWANI pic.twitter.com/aMd8loXXGn
— Astro AWANI (@501Awani) December 20, 2023
Menurutnya, dunia seolah-olah berada dalam keadaan ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’ memandangkan kedua-dua calon utama dalam perlumbaan menduduki White House iaitu Joe Biden dan Donald Trump tidak semestinya memberi natijah yang jelas positif untuk komuniti dunia.
Herizal menyifatkan Biden sebagai seorang pemimpin yang tidak berkesan, manakala Trump sebagai pemimpin yang mempunyai gaya pentadbiran yang menggusarkan.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Amerika Syarikat
#PBB
#Andalan 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan