Skip to main content

Dunia

Diplomasi Parlimen dilihat penting tangani krisis global

Hari ini, saya telah menyampaikan ucapan pada Sesi Perbahasan Umum Persidangan Speaker-Speaker Antara Parlimen Kedua (ISC-2) di Phnom Penh, Kemboja. Dalam ucapan tersebut, saya menegaskan bahawa Parlimen tidak seharusnya sekadar menjadi pemerhati terhadap cabaran yang berlaku di peringkat serantau dan global. Sebagai institusi yang mewakili suara rakyat, kita mempunyai tanggungjawab untuk terus membuka ruang dialog, membina persefahaman dan memastikan setiap keputusan yang dibuat akhirnya membawa manfaat ke
Pada Persidangan Speaker-Speaker Antara Parlimen Kedua (ISC-2), pemimpin Parlimen menyeru supaya diplomasi Parlimen dan tindakan kolektif diperkukuh bagi menangani pelbagai cabaran. - Foto Facebook/Johari Abdul
Advertisement

PHNOM PENH: Ahli-ahli Parlimen digesa melangkaui peranan tradisional mereka dalam penggubalan undang-undang dan memainkan peranan lebih aktif dalam menangani krisis rentas sempadan yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Pada Persidangan Speaker-Speaker Antara Parlimen Kedua (ISC-2), pemimpin Parlimen menyeru supaya diplomasi Parlimen dan tindakan kolektif diperkukuh bagi menangani pelbagai cabaran daripada ketidakstabilan ekonomi dan ancaman kesihatan awam hingga perubahan iklim serta ketegangan geopolitik.

Perdana Menteri Kemboja Hun Manet berkata kerajaan dan Parlimen mempunyai tanggungjawab perlembagaan yang berbeza tetapi berkongsi matlamat yang sama, iaitu berkhidmat kepada rakyat, memelihara keamanan dan mewujudkan keadaan yang membolehkan kemakmuran berkekalan.

“Apabila saluran diplomatik rasmi berdepan tekanan, dialog Parlimen dapat membantu mengekalkan komunikasi dan membina semula kepercayaan,” katanya dalam ucaptama pada pembukaan persidangan itu di Phnom Penh.

Kemboja menjadi tuan rumah persidangan itu dari 26 hingga 28 Ogos, yang dianjurkan bersama oleh Senat dan Perhimpunan Kebangsaan negara itu dengan tema “Solidarity for Peace and Shared Prosperity: Strengthening International Law and Resolving Conflicts Peacefully.”

Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia Tan Sri Johari Abdul turut menghadiri persidangan tiga hari itu.

Pengerusi Senat Pakistan Syed Yousuf Raza Gillani turut menyuarakan seruan sama dengan menyifatkan Parlimen sebagai pembina jambatan yang mampu mengekalkan dialog apabila usaha diplomatik konvensional gagal mencapai kemajuan.

“Parlimen ialah pembina jambatan dan dengan membina kepercayaan, ia membentuk masa depan. Parlimen bukan sekadar pemerhati. Apabila diplomasi tradisional mencapai batasnya, diplomasi Parlimen menjadi berkesan,” katanya.

Dalam mesej video yang dirakam, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon memberi amaran bahawa perubahan iklim, jenayah rentas sempadan dan ketegangan geopolitik menyebabkan penderitaan besar kepada manusia.

“Tiada negara, walaupun mempunyai sumber terbaik, mampu menangani masalah hari ini secara bersendirian. Multilateralisme adalah penting dan ahli Parlimen boleh memainkan peranan aktif dalam menangani masalah ini supaya rakyat dapat terus hidup dengan aman dalam dunia yang berpecah-belah,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement