Skip to main content

Dunia

Diplomat Pakistan, Iran bincang usaha hidupkan semula rundingan tergendala dengan AS

Iranian Foreign Minister Abbas Araghchi looks on during a meeting with Director General of the International Atomic Energy Agency (IAEA) Rafael Grossi, and Egyptian Foreign Minister Badr Abdelatty, at Tahrir Palace in Cairo, on Sep 9, 2025. (File photo: AP/Khaled Elfiqi)
Araghchi memuji peranan “konstruktif” Pakistan serta usaha pengantaraan yang “ikhlas” antara kedua-dua pihak. - Gambar/ AP

KARACHI: Diplomat tertinggi Pakistan Ishaq Dar mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Iran Abbas Araghchi sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Islamabad untuk menghidupkan semula rundingan langsung antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi mencapai penyelesaian rundingan terhadap konflik berpanjangan di Asia Barat, menurut satu kenyataan rasmi pada Isnin.

Perbualan telefon antara kedua-dua pihak itu tertumpu kepada “situasi serantau dan usaha diplomatik berterusan Pakistan untuk keamanan dan kestabilan di rantau ini,” menurut Kementerian Luar Pakistan dalam kenyataan.

Advertisement

Araghchi pula memuji peranan “konstruktif” Pakistan serta usaha pengantaraan yang “ikhlas” antara kedua-dua pihak.

Dar menegaskan semula komitmen berterusan Pakistan untuk menggalakkan penglibatan konstruktif dan menekankan bahawa dialog serta diplomasi kekal sebagai satu-satunya jalan yang berdaya maju ke arah penyelesaian secara aman serta mencapai keamanan dan kestabilan berkekalan di rantau ini dan seterusnya, menurut kenyataan itu.

Perkembangan terbaharu itu berlaku beberapa jam selepas Kementerian Luar Iran memaklumkan bahawa Tehran sedang meneliti maklum balas AS terhadap cadangan pindaan 14 perkara yang dikemukakannya untuk menamatkan perang.

Iran menyatakan isu nuklear tidak termasuk dalam cadangan terbaharunya, yang mencadangkan supaya isu sensitif itu dibincangkan dalam fasa kedua rundingan selepas gencatan senjata kekal dicapai antara kedua-dua pihak.

Sumber Pakistan yang mengetahui usaha pengantaraan itu memberitahu Anadolu bahawa AS, dalam maklum balasnya yang disampaikan kepada Iran melalui Islamabad, melampirkan perjanjian mengenai program nuklear Iran bersama gencatan senjata kekal.

Cadangan pindaan Iran mencadangkan supaya gencatan senjata itu diubah menjadi penamatan perang secara kekal dan isu nuklear ditangguhkan ke peringkat kemudian, menurut sumber.

Pakistan menjadi tuan rumah pusingan pertama rundingan antara Washington dan Tehran pada 11 hingga 12 April, namun gagal mencapai persetujuan untuk menamatkan perang.

Rundingan itu menyusuli gencatan senjata selama dua minggu yang diusahakan Pakistan pada 8 April, yang kemudiannya dilanjutkan oleh Presiden AS Donald Trump.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video