Skip to main content

Dunia

Diplomat tertinggi Belgium, Australia dijadual lawat China di tengah-tengah krisis Asia Barat

TB_Maxime-Prevot-Penny-Wong-Wang-Yi_Reuters.jpg
Lawatan Maxime Prevot (kiri) dan Penny Wong (tengah) adalah atas undangan Menteri Luar China, Wang Yi (kanan). - REUTERS

ISTANBUL: Diplomat tertinggi Belgium dan Australia dijadual mengadakan lawatan ke China minggu ini, menurut pengumuman Beijing pada Isnin, ketika konflik berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menjejaskan bekalan tenaga global, lapor Anadolu Ajansi.

Lawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Belgium Maxime Prevot, serta Menteri Luar Australia Penny Wong, adalah atas undangan Menteri Luar China, Wang Yi.

Advertisement

Prevot dijadual melawat China dari 27 April hingga 1 Mei, menurut Kementerian Luar China.

Dalam kenyataan berasingan, kementerian itu memaklumkan, Wong dijadual mengadakan lawatan ke China dari 28 hingga 30 April.

Lawatan kedua-dua menteri luar ke Beijing berlangsung ketika gencatan senjata antara Washington dan Tehran masih berterusan tanpa sebarang perjanjian muktamad untuk menamatkan perang.

Konflik yang dimulakan oleh AS dan Israel pada 28 Februari itu menyebabkan negara Asia berdepan kesukaran mengimport minyak dari Asia Barat apabila Tehran dan Washington menyekat Selat Hormuz, laluan perairan penting yang menyalurkan kira-kira 20 peratus bekalan tenaga global.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video