Skip to main content

Sukan

Moto3: Hakim Danish raih empat mata di GP Jepun

Muhammad Hakim Danish berjaya mengutip empat mata untuk berada di kedudukan ketujuh dengan mengumpul 105 mata keseluruhan. - Gambar Bernama
Muhammad Hakim Danish berjaya mengutip empat mata untuk berada di kedudukan ketujuh dengan mengumpul 105 mata keseluruhan. - Gambar Bernama

Advertisement

SEPANG: Pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan tunggangan cemerlang apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 selepas bermula di petak 21 pada Grand Prix (GP) Jepun hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Litar Motegi Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu menamatkan perlumbaan dengan catatan 33 minit 6.817 saat (s) di belakang pemenang David Almansa dari Liquid Moly Dynavolt Intact GP yang mencatat 32: 45.544s.

Tempat kedua dimenangi Maximo Quiles dari CFMoto Gaviota Aspar Team dengan catatan 32:45.590s manakala pelumba Red Bull KTM Ajo, Alvaro Carpe menamatkan kedudukan ketiga 32:48.282s.

Keputusan itu turut menyaksikan Muhammad Hakim Danish berjaya mengutip empat mata untuk berada di kedudukan ketujuh dengan mengumpul 105 mata keseluruhan.

Quiles kekal berada di puncak Moto3 dengan mengumpul 326 mata diikuti Almansa (199 mata) manakala Carpe di tempat ketiga dengan mengumpul 191 mata.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement