INTERNATIONAL
Diserang sawan selepas telan ratusan bungkusan kokain, lelaki maut sewaktu penerbangan

246 beg kokain ditemui dalam mayat lelaki Jepun yang maut sewaktu penerbangan. - Foto Twitter Pejabat Peguam Negara Sanora
Seorang lelaki warga Jepun meninggal dunia setelah menelan 246 bungkusan dadah jenis kokain dalam perjalanan menuju ke negara asalnya dari Mexico City.
Kapal terbang tersebut terpaksa mendarat cemas di Sonora, Mexico apabila lelaki tersebut yang dikenal pasti sebagai Udo N, mula mengalami serangan mengejut akibat sembap otak (cerebral edema).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa Sonora, bungkusan-bungkusan tersebut - yang berukuran panjang 2.5sm dan lebar 1sm - telah ditemui di dalam perut dan usus lelaki itu sewaktu bedah siasat dijalankan.
“Pembantu penerbangan melihat seseorang (lelaki terbabit) mengalami sawan dan meminta kebenaran untuk membuat pendaratan kecemasan di Hermosillo, Sonora.
“Setelah pesawat mendarat pada jam 2.25 pagi waktu tempatan pada Jumaat, pasukan perubatan menaiki pesawat sebelum mengesahkan Udo N meninggal dunia,” menurut satu kenyataan.
198 penumpang lain kemudiannya meneruskan perjalanan mereka dari bandar Hermosillo.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami