Disney mengumumkan pelan keuntungan untuk perkhidmatan penstrimannya, Disney+, selepas melaporkan keputusan suku tahunannya.

Walau bagaimanapun, pelan tersebut mungkin tidak menggembirakan pelanggan yang menikmati Disney+.

Menurut laporan CNN, antara langkah yang akan diambil adalah mengurangkan kandungan yang ditawarkan, menjual lebih banyak iklan dan mengenakan yuran langganan yang lebih tinggi.

Untuk mengurangkan kos, Disney merancang untuk mengurangkan beberapa kandungan sedia ada pada perkhidmatan penstriman.

Syarikat juga sedang mencari untuk meningkatkan jumlah pengiklanan pada pelbagai perkhidmatannya, termasuk versi Disney+ Eropah dengan iklan yang akan debut akhir tahun ini.

Pelanggan yang ingin membayar untuk versi bebas iklan Disney+ akan membayar yuran langganan yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, Disney ingin memastikan bahawa pemotongan yang dibuat tidak menakutkan pelanggan untuk membatalkannya.

Disney+ dan dua perkhidmatannya yang lain, ESPN+ dan Hulu, bersama-sama mengurangkan kerugian sebanyak AS$228 juta, atau 13%, daripada setahun sebelumnya kepada AS$659 juta.

Namun, ia menjangka untuk mengambil caj AS$1.5 bilion hingga AS$1.8 bilion pada suku semasa yang berkaitan dengan penyingkiran kandungan tersebut.

Disney melakukannya dengan penurunan 2% jumlah pelanggan untuk Disney+ kepada 157.8 juta, dan penurunan 1% pelanggan secara keseluruhan, apabila memasukkan ESPN+ dan Hulu dalam jumlah langganan.

Walau bagaimanapun, syarikat itu mahu berhati-hati untuk memangkas tawarannya tanpa menakutkan pelanggan untuk membatalkannya.

“Adalah kritikal bagi kami merasional jumlah kandungan yang kami hasilkan dengan jumlah yang kami belanjakan untuk menerbitkan kandungan," ujar Ketua Pengarah Eksekutifnya, Bob Iger berkenaan perkara itu.