awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditemui mati dengan leher dijerut, jutawan Kanada dan isteri dipercayai dibunuh

APTN
APTN
27/01/2018
07:10 MYT
Ditemui mati dengan leher dijerut, jutawan Kanada  dan isteri dipercayai dibunuh
Barry Sherman dan isterinya ditemui digantung menggunakan tali pinggang dan berada dalam kedudukan separuh duduk di dek kolam - Foto:Havovi Cooper reports
PENIAGA bertaraf jutawan dari Kanada, Barry Sherman dan isterinya yang ditemui mati dalam kediaman mereka bulan lalu dipercayai dibunuh dengan sengaja.
Sarjan detektif, Susan Gomes berkata keputusan siasatan selama enam minggu mendapati bahawa kematian itu mencurigakan, namun tiada tanda pecah masuk di rumah tersebut.
Susan bagaimanapun enggan menyatakan motif pembunuhan dan enggan menamakan suspek.
Pengasas pembuat ubat generik Apotex itu dan isterinya ditemui digantung menggunakan tali pinggang dan berada dalam kedudukan separuh duduk di dek kolam pada 15 Disember 2017.
Sehari selepas mayat ditemui, beberapa agensi media memetik pegawai polis yang menyatakan bahawa kematian itu kelihatan seperti kes pembunuhan dan bunuh diri.
Isu tersebut mengecewakan empat anak dewasa pasangan jutawan itu.
Mereka mengupah pasukan penyiasatan dan pakar pathologi swasta untuk menjalankan autopsi kedua ke atas pasangan Shermans.
Keluarga mangsa dalam satu kenyataan berkata hasil siasatan itu konsisten dengan siasatan autopsi yang dijalankan secara bebas.
Topic Berkaitan
#Apotex
#Barry Sherman
#bunuh
#Jutawan
#mayat
#Susan Gomes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan