Skip to main content

Malaysia

Dua PPS dibuka, 58 mangsa banjir dipindahkan di Perak

PPS Masjid Kampung Menteri di Larut, Matang dan Selama menempatkan 55 mangsa daripada 15 keluarga selepas banjir di kawasan Kampung Menteri. - Gambar hiasan/NADMA
PPS Masjid Kampung Menteri di Larut, Matang dan Selama menempatkan 55 mangsa daripada 15 keluarga selepas banjir di kawasan Kampung Menteri. - Gambar hiasan/NADMA
Advertisement

IPOH: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak bagi menempatkan 58 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Hilir Perak serta Larut, Matang dan Selama, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Degong di Hilir Perak menempatkan tiga mangsa susulan banjir membabitkan kawasan di Jalan Kampar Langkap pada 4 petang, Khamis lepas

“Manakala PPS Masjid Kampung Menteri di Larut, Matang dan Selama menempatkan 55 mangsa daripada 15 keluarga selepas banjir di kawasan Kampung Menteri pada 8 malam tadi,” menurut sekretariat tersebut dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir di kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim pada sebelah petang, manakala hujan di pada sebelah malam.

-- BERNAMA

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement