NEW DELHI: Tiada siapa sangka seorang lelaki di India dinobatkan doktor terpendek di dunia apabila hanya mempunyai ketinggian tiga kaki atau 91 sentimeter.
Ganesh Baraiya yang berusia 23 tahun dilahirkan secara normal di Talaja Thaluka di Gujarat, India sebelum menjadi doktor telah berdepan dengan pelbagai halangan demi mengejar cita-cita untuk membanggakan ibu-bapanya.
Semasa berusia empat tahun, ibu-bapanya menyedari bentuk fizikalnya yang pelik apabila kepalanya lebih besar daripada badannya.
Bagi mencari kepastian mereka membawanya berjumpa doktor dan petugas perubatan memberitahu anaknya mengidap penyakit dwarfisme atau kerdil.
Bagi membantu anaknya, mereka meletakkan topi keledar di kepalanya sebagai usaha menyeimbangkan pertumbuhan anggota badan lain supaya menjadi normal.
Bagaimanapun, usaha mereka ternyata sia-sia apabila bentuk tubuh Baraiya masih kelihatan seperti terbantut dan atau tidak normal seperti kanak-kanak lain.
Di sekolah, Baraiya sering diejek kerana kepalanya besar dan bertubuh pendek, tetapi mujurlah dia mempunyai beberapa rakan karib yang bersamanya untuk belajar bersama.
Pernah, bapanya yang bekerja sebagai petani bercadang membawanya ke sarkas untuk menjadi badut.
Namun, hasratnya terhenti apabila dia bimbang keselamatan anaknya dan sejak itu menggalakkan anaknya menumpukan perhatian di sekolah sambil mengejar cita-cita Baraiya menjadi seorang doktor.
Semasa di universiti, Baraiya memohon pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBSS), tetapi permohonannya ditolak mentah-mentah kerana bertubuh kerdil.
Walaupun keputusan ujiannya cemerlang, Majlis Perubatan India menolak permohonannya kerana bertubuh kerdil dan mendakwa dia tidak mungkin melaksanakan tugasnya semasa kes kecemasan.
Baraiya tidak berputus asa dan dengan bantuan pengetua sekolahnya, dia berjumpa dengan Ketua Daerah dan pernah membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Gujarat.
Malangnya, tiada satu pun hasilnya berjaya dan akhirnya nasib menyebelahinya apabila kes itu sampai ke Mahkamah Agung India dan selepas itu dia berjaya menyambung pengajian dalam bidang MBSS.
"Saya sangat kecewa tiga tahun lalu kerana permohonan saya ditolak, namun saya sangat gembira kerana telah mendapat keadilan daripada Mahkamah Agung.
"Sekarang saya sedang memenuhi impian sejak kecil dan dapat membanggakan ibu-bapa saya," katanya.
Sekarang Dr Baraiya masih lagi menangani diskriminasi apabila ramai pesakitnya enggan berurusan dengannya apabila melihat saiz tubuhnya.
"Setiap kali pesakit melihat saya, mereka agak terkejut pada mulanya, tetapi lama kelamaan mereka menerima saya dan semakin mesra dengan saya," kata Dr Baraiya.
Walaupun dia masih belum diiktiraf oleh Guinness Book of Records, dia dipuji sebagai doktor terpendek di dunia kerana ia menceritakan kisah kesukaran yang terpaksa dia hadapi demi mengejar cita-citanya itu. - Agensi
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 16 2024
Ganesh Baraiya. - Agensi
TPM Zahid lakukan kunjungan hormat ke atas PM China, Li Qiang
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri China, Li Qiang di Rumah Tamu Negara Diaoyutai di Beijing.
#AWANI745
#AWANI745
Majoriti pesakit di wad terima rawatan kerana masalah respiratori
Seramai 5,681 jemaah haji Malaysia menerima rawatan di Pusat Rawatan Tabung Haji di Madinah dan Mekah setakat ini., kata Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr. Marsudi Manah. Jumlah itu direkod sejak hari pertama ketibaan jemaah haji KT01 sehingga Isnin.
#AWANI745
#AWANI745
Lelaki Bangladesh mengaku bersalah tawar suapan kepada polis
Seorang lelaki Bangladesh dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah RM249 kepada anggota polis pada Januari lalu.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Tidak adil desak Hannah letak jawatan
Desakan bekas pemimpin DAP Pulau Pinang P. Ramasamy supaya Hannah Yeoh meletak jawatan bersifat tidak adil.
RM2 juta disalur kepada Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi
TBKK diwujudkan bagi membantu koperasi-koperasi yang terjejas dan menghadapi masalah khususnya akibat bencana alam atau faktor-faktor lain di luar kawalan.
[TERKINI] Tiga kereta rosak dihempap pokok
Tiga kereta rosak dihempap pokok ketika hujan lebat dan angin kencang di Apartmen Sri Kemboja, Bukit Sentosa.
SPRM dan peguam capai persetujuan tempoh
SPRM setuju membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri tun Dr Mahathir Mohamad.
Bantahan pelajar pro-Palestin: Universiti Copenhagen akur, lepas 3 syarikat beroperasi di Tebing Barat
Universiti Copenhagen mengumumkan pada Selasa ia akan melepaskan tiga entiti komersial yang beroperasi di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu (AA).
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi dalam pilihan raya umum
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi pada pagi Rabu untuk pilihan raya umum 2024 negara itu.
PM Anwar mahu produk kewangan Islam jadi teras pembangunan ekonomi - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu produk kewangan Islam seperti sukuk dibangunkan supaya menjadi antara produk penting dan teras untuk pembangunan sektor ekonomi kewangan Islam.
Doktor terpendek di dunia
Tiada siapa sangka seorang lelaki di India dinobatkan doktor terpendek di dunia apabila hanya mempunyai ketinggian tiga kaki atau 91 sentimeter.