awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Donald Trump didakwa salur wang 'tutup mulut' pelakon lucah

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2023
23:31 MYT
Donald Trump didakwa salur wang 'tutup mulut' pelakon lucah
Trump sebelum ini berkata, beliau akan terus berkempen untuk pencalonan Parti Republikan walaupun didakwa melakukan jenayah. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa di Mahkamah Manhattan selepas siasatan ke atas wang untuk ‘menutup mulut’ yang dibayar kepada pelakon lucah Stormy Daniels dimuktamadkan.
Ini menjadikan beliau bekas Presiden AS pertama yang menghadapi tuduhan jenayah.
Tuduhan itu timbul daripada siasatan yang diketuai oleh Ahli Demokrat yang juga Peguam Daerah Manhattan, Alvin Bragg.
Trump sebelum ini berkata, beliau akan terus berkempen untuk pencalonan Parti Republikan walaupun didakwa melakukan jenayah.
Namun, tuduhan secara spesifik masih belum diketahui dan dakwaan mungkin akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.
Trump perlu ke Manhattan untuk cap jari dan pemprosesan lain pada ketika itu.
Cubaan Trump, 76, dalam pemilihan semula 2020 digagalkan dengan kemenangan calon Demokrat, Joe Biden.
Trump mendakwa, beliau kalah kepada Biden kerana penipuan undi secara besar-besaran dan menggelar siasatan yang membawa kepada dakwaannya sebagai 'buruan sihir politik'.
Pejabat Bragg tahun lalu memenangi sabitan jenayah terhadap ahli perniagaan syarikat hartanah itu yang bertukar menjadi ahli politik.
Juri utama yang dipanggil oleh Bragg pada Januari mula mendengar keterangan serta bukti tentang peranan Trump dalam pembayaran kepada Daniels beberapa hari sebelum Pilihan Raya Presiden 2016, yang memihak kepadanya.
Daniels, pelakon dan pengarah filem lucah terkenal dengan nama sebenarnya Stephanie Clifford berkata, dia menerima wang itu sebagai pertukaran untuk berdiam diri mengenai pertemuan seksual antaranya dan Trump pada 2006.
Peguam peribadi kepada bekas Presiden, Michael Cohen berkata, Trump mengarahkan pembayaran tersebut kepada Daniels dan kepada wanita kedua, bekas model Playboy, Karen McDougal yang juga mendakwa dia mempunyai hubungan seksual.
Trump menafikan mempunyai hubungan sulit dengan mana-mana wanita.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#pelakon lucah
#pendakwaan Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan