DUNIA
Donald Trump tamatkan hubungan dengan WHO

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan menamatkan hubungan dengan WHO dan menyalurkan dana ke negara lain di seluruh dunia yang memerlukan bantuan kesihatan awam
Amerika Syarikat pada Jumaat menamatkan hubungan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Presiden Donald Trump memaklumkan, Washington akan tamatkan hubungan dengan WHO dan menyalurkan dana ke negara lain di seluruh dunia yang memerlukan bantuan kesihatan awam.
"Hari ini kami akan tamatkan hubungan dengan WHO dan menyalurkan dana ke negara lain di seluruh dunia yang memerlukan bantuan kesihatan awam," kata Trump pada sidang media di White House pada Jumaat.
Trump pada pertengahan April mengumumkan pentadbirannya akan menghentikan pembiayaan kepada WHO, tindakan yang menerima kritikan hebat di tengah-tengah dunia berdepan krisis kesihatan awam.
Data Johns Hopkins University mendedahkan, di Amerika sahaja lebih 1.7 juta kes COVID-19 dilaporkan dengan lebih 102,000 kematian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami