awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bekas pegawai PetroSaudi didakwa seleweng dana 1MDB di Switzerland

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
26/04/2023
07:50 MYT
Dua bekas pegawai PetroSaudi didakwa seleweng dana 1MDB di Switzerland
Sehingga kini, Jho Low dan lima lagi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB masih dalam senarai orang dicari dalam notis merah Interpol. - Foto fail
DUA bekas pegawai PetroSaudi International Ltd (PSI) telah didakwa di Switzerland atas dakwaan menyeleweng sekurang-kurangnya AS$1.8 bilion (RM8 bilion) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kedua-dua individu yang tidak dinamakan mengikut undang-undang Switzerland, didakwa menggunakan nama sebuah syarikat usaha sama dengan aset bernilai AS$2.7 bilion untuk mendapatkan tambahan pembiayaan AS$1 bilion daripada 1MDB, lapor Bloomberg pada Selasa.
Mereka didakwa menggunakan dana yang didepositkan ke dalam akaun bank Switzerland untuk membeli hartanah mewah di Switzerland dan London, barang kemas serta mengekalkan gaya hidup mewah mereka.
Kedua-dua tertuduh yang berpangkalan di pejabat Geneva PSI, disyaki telah bekerjasama dengan bekas penganalisis kewangan Low Taek Jho (Jho Low) yang sedang menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia dan Interpol kerana peranannya dalam skandal 1MDB yang menjadi siasatan di enam negara.
Menurut peguam negara Switzerland, kedua-dua bekas pekerja PetroSaudi itu dikatakan telah mengadakan perjanjian palsu antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia.
"Dakwaan mereka adalah atas kes jenayah penipuan komersial, salah laku dan pengubahan wang haram sejak 2009 hingga 2015," lapor agensi berita itu.
Mereka akan dibicarakan di mahkamah jenayah persekutuan Switzerland, namun tiada laporan berkenaan tarikh mula perbicaraan.
Sehingga kini, Jho Low dan lima lagi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB masih dalam senarai orang dikehendaki dalam notis merah Interpol.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Jho Low
#Switzerland
#PetroSaudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan