GEMPA susulan pada 5.6 magnitud dikesan di Ankara di timur Turkiye, tiga minggu selepas gempa bumi melanda negara itu tiga minggu lalu.

Gegaran berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) mengeluarkan kenyataan pada Isnin, berkata gempa berlaku di bandar Yesilyurt di daerah Malatya.

Susulan gempa itu, beberapa bangunan dilaporkan musnah termasuk sebuah bangunan empat tingkat.

Seorang lelaki dan anak perempuannya dikhuatiri terperangkap selepas mereka dipercayai memasuki
bangunan kediaman mereka itu untuk mengambil barangan peribadi.


BACA SEMUA BERHUBUNG GEMPA TURKIYE DAN SYRIA DI SINI


Beberapa kawasan di Malatya, operas mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan.

Malatya merupakan antara daerah yang teruk terjejas akibat gempa berukuran 7.8 magnitud yang melanda selatan Turkiye dan utara Syria pada 6 Feb lalu.

Dalam gempa kuat itu, angka korban di Turkiye dan Syria sudah melangkaui 50,000 dan lebih 173,000 bangunan terjejas di Turkiye.