awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua gunung berapi Indonesia meletus, hambur abu vulkanik hingga 1,600 meter dari puncak

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2025
09:00 MYT
Dua gunung berapi Indonesia meletus, hambur abu vulkanik hingga 1,600 meter dari puncak
Gunung Marapi meletus selama 34 saat pada jam 8.39 pagi waktu Indonesia Barat (WIB), memuntahkan abu vulkanik setinggi 1,600 meter dari puncak. -Gambar fail/Reuters
PADANG/TERNATE: Dua gunung berapi aktif di Indonesia, Gunung Marapi di Sumatera Barat dan Gunung Dukono di Halmahera Utara, Maluku Utara, meletus secara berasingan pada pagi Selasa, mencetuskan amaran keselamatan kepada penduduk dan pelancong di kawasan sekitar.

Ringkasan AI
  • Gunung Marapi dan Gunung Dukono di Indonesia meletus secara berasingan pada pagi 12 Ogos 2025, memuntahkan abu vulkanik setinggi 1,600 meter dan 800 meter masing-masing.
  • Kedua-dua gunung berapi kini berada pada status Waspada (Level II), dengan larangan aktiviti dalam radius tiga hingga empat kilometer dari kawah masing-masing.
  • PVMBG mengeluarkan amaran keselamatan kepada penduduk dan pelancong, serta menekankan risiko gangguan pernafasan dan aliran lahar dingin, terutama ketika musim hujan.

Gunung Marapi, yang terletak di sempadan Daerah Agam dan Tanah Datar, meletus selama 34 saat pada jam 8.39 pagi waktu Indonesia Barat (WIB), memuntahkan abu vulkanik setinggi 1,600 meter dari puncak.
A few minutes ago: Huge Eruption at Mount Marapi, indonesia. Mount Marapi has erupted again, shooting a 1,600-meter (1.6 km) plume of volcanic ash into the sky from its summit. This marks the second eruption in just one hour. pic.twitter.com/yO7MF103TZ
— Weather Monitor (@WeatherMonitors) August 12, 2025
Menurut pegawai Pos Pengamatan Gunung Api (PGA) Marapi, Ahmad Rifandi, kepulan abu tebal berwarna putih kekelabuan dilihat mengarah ke timur laut.
Gunung Marapi kini berada pada status Waspada (Level II).
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) mengeluarkan larangan aktiviti dalam radius tiga kilometer dari Kawah Verbeek serta mengingatkan risiko aliran lahar dingin, terutama ketika musim hujan.
Manakala Gunung Dukono, yang terletak di Desa Mamuya, Kecamatan Galela, Halmahera Utara, turut meletus pada jam 6.11 pagi waktu Indonesia Timur (WIT), dengan kepulan abu setinggi 800 meter.
Telah terjadi erupsi G. Dukono, Maluku Utara pada tanggal 12 Agustus 2025 pukul 06:11 WIT dengan tinggi kolom abu teramati ± 800 m di atas puncak (± 1.887 m di atas permukaan laut). Kolom abu teramati berwarna putih hingga kelabu dengan intensitas tebal condong ke arah timur laut pic.twitter.com/CAfKeRdJMd
— FPMKI (@InfoFPMKI) August 12, 2025
Petugas PGA Dukono, Bambang Sugiono, melaporkan kepulan abu mengarah ke timur laut dan letusan direkodkan selama 69.02 saat.
Gunung Dukono juga berada pada status Waspada (Level II).
PVMBG menggesa masyarakat dan pelancong agar tidak mendekati Kawah Malupang Warirang dalam radius empat kilometer serta sentiasa menyediakan pelitup muka bagi mengelakkan gangguan pernafasan akibat abu vulkanik.
Kedua-dua gunung ini merupakan antara gunung berapi paling aktif di Indonesia.
Sepanjang tahun 2025, Gunung Dukono telah meletus lebih 469 kali, manakala Gunung Marapi menunjukkan peningkatan aktiviti sejak pertengahan Julai lalu.
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#gunung marapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan