awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN
Dapur Siswa, MADANI ResQ Pek bantu pelajar UUM
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua juta penduduk Gaza terperangkap, 212 terkorban akibat serangan Israel

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2021
16:00 MYT
Dua juta penduduk Gaza terperangkap, 212 terkorban akibat serangan Israel
Langit Gaza bermandikan cahaya oren ketika letupan menggegarkan bumi Palestin akibat daripada serangan itu. - REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa
SERAMAI dua juta orang awam di semenanjung Gaza terperangkap dalam ancaman keganasan rejim zionis Israel.
Menurut laporan, syarikat bekalan elektrik di Gaza juga dijangka kehabisan bahan api dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi, selain pertempuran dan serangan udara yang telah merosakkan talian penghantaran tenaga.
Sebuah sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah diubah menjadi tempat penginapan bagi keluarga yang kehilangan tempat tinggal.
Ada juga yang menginap di sekolah itu kerana terlalu takut untuk pulang ke rumah susulan serangan udara yang berterusan.
Langit Gaza bermandikan cahaya oren ketika letupan menggegarkan bumi Palestin akibat serangan itu.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 212 warga Palestin terkorban, termasuk 61 kanak-kanak dan 36 wanita, dengan lebih daripada 1,500 orang cedera.
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#serangan
#rejim Zionis
#keganasan
#pengeboman
#penduduk gaza terperangkap
#angka kematian meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan