LONDON: Dua kanak-kanak maut manakala sembilan lagi cedera selepas diserang semasa menghadiri kelas tarian di sebuah bandar di utara England, pada Isnin.
Dalam kejadian yang disifatkan polis tempatan sebagai “ganas” itu, dua daripada sembilan mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Kedua-dua orang dewasa itu berada dalam keadaan kritikal selepas ditikam ketika mereka cuba melindungi kanak-kanak berkenaan di kelas tarian kanak-kanak bertemakan Taylor Swift di Hart Street di Southport, kata polis Merseyside.
Menurut Ketua Polis Merseyside, Serena Kennedy, penjenayah itu memasuki premis tersebut dengan bersenjatakan pisau dan menyerang kanak-kanak.
“Difahamkan, kanak-kanak itu menghadiri acara bertemakan Taylor Swift di sebuah sekolah tari apabila suspek yang bersenjatakan pisau masuk ke dalam premis dan menyerang kanak-kanak itu.
“Kami percaya orang dewasa yang berada dalam keadaan kritikal itu cuba melindungi kanak-kanak daripada diserang,” katanya pada sidang akhbar pada petang Isnin.
Dalam perkembangan sama, portal berita BBC melaporkan, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Banks di Lancashire, telah ditangkap kerana disyaki membunuh dan cubaan membunuh.
Bagaimanapun, polis berkata, punca serangan itu "tidak jelas" tetapi ia tidak pula dianggap sebagai ada kaitan dengan keganasan.
Seorang saksi menggambarkan kejadian itu sebagai "mengerikan" dan berkata, "tidak pernah melihat perkara seperti itu."
Raja dan Perdana Menteri Britain menyampaikan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam serangan itu.
"Siasatan masih di peringkat awal dan motif kejadian masih belum jelas. Namun, Polis Counterterrorism Northwest telah menawarkan sokongan mereka," kata Kennedy.
Beliau menambah: "Sebagai ibu kepada dua anak perempuan dan nenek kepada cucu perempuan berusia lima tahun, saya tidak dapat membayangkan kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh keluarga mangsa dan saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada mereka dan simpati." - Agensi
Agensi
Mon Jul 29 2024

Polis Merseyside meningkatkan kawalan keselamatan di persekitaran premis dua kanak-kanak dibunuh dalam kejadian serangan bersenjatakan pisau pada Isnin. - Gambar AP

Tabika Perpaduan terbuka untuk semua kaum - JPNIN
Bilangan kanak-kanak Melayu yang mendaftar di Tabika Perpaduan jauh lebih tinggi berbanding kaum lain, walaupun ia terbuka kepada semua.

300,000 rakyat Indonesia disasar dapatkan khidmat perubatan di Melaka tahun ini
Daripada keseluruhan 800,000 rakyat Indonesia yang mendapatkan rawatan di Malaysia, lebih 25 peratus adalah di Melaka.

Lebih 100,000 permohonan masuk institusi TVET direkodkan sejak April - Ahmad Zahid
Jumlah itu dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 150,000 permohonan menjelang akhir Jun ini

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.

Dua kanak-kanak maut, sembilan cedera ditikam di kelas tarian di utara England
Kelas tarian bertema Taylor Swift dikejutkan dengan insiden serangan bersenjata pisau oleh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Mayat kanak-kanak 12 tahun ditemukan disumbat dalam bagasi
Penduduk Paris dikejutkan dengan kes penemuan mayat seorang pelajar berusia 12 tahun di dalam sebuah kotak di hadapan sebuah pangsapuri.

Upacara keagamaan memperingati mangsa tragedi pusat jagaan kanak-kanak Thailand
Foto anak kecil tersenyum riang, mainan, bunga dan susu diletakkan di atas deretan keranda kecil di Wat Si Uthai di Uthai Sawan, wilayah Nong Bua Lamphu.

Kanak-kanak dijumpai mati patah leher, dipercayai dibunuh ibu kandung
Dalam insiden yang berlaku di Jawa Tengah itu, kanak-kanak lelaki itu ditemui dengan kesan lebam, kesan cakaran dan cekikan.

Noor Amila Edrus diikat, dicampak dari tebing setinggi 20 meter
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Azman Mohd Isa berkata, setakat ini motif pembunuhan kanak-kanak itu masih dalam siasatan.

Kematian Noor Amila Edrus kini disiasat sebagai kes bunuh - Polis
Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang di Jinjang pada 11 Ogos lepas dan ia disiasat sebagai kes kehilangan kanak-kanak.