DUA beradik perempuan berjaya diselamatkan oleh sebuah NGO setelah mendiami rumah 'tong sampah' di bandar Wandan, Taiwan.
Hidup dalam timbunan sampah, kanak-kanak berusia dua tahun dan bayi berusia satu tahun itu berjaya diselamatkan oleh Kelab Belia Haiqing dari Bandar Pingtung.
Dua keping gambar dari kelab itu memaparkan imej seorang kanak-kanak berusia dua tahun duduk di sofa dikelilingi timbunan sampah sarap seperti botol, plastik, bekas minuman dan kotak makanan.
Sementara itu, di dalam bilik, kelihatan seorang bayi sedang tidur di dalam katil bayi juga ditemani sampah sarap yang sama tinggi dengannya.
Menurut NGO, mereka membuat lawatan ke rumah keluarga kurang bernasib baik dan bertemu dengan pasangan suami isteri yang juga seorang pengganggur bersama dua anak mereka.
Keadaan rumah mereka sangat kotor, bau busuk, dipenuhi botol air, kotak, bekas makanan kosong, juga terdapat sisa makanan termasuk haiwan perosak seperti tikus dan lipas.
Rentetan itu, kes tersebut mendapat perhatian daripada Jabatan Hal Ehwal Sosial Daerah.
Seramai 30 sukarelawan menghabiskan masa sehari pada 22 Ogos lalu untuk membersihkan rumah berkenaan yang dipenuhi timbunan sampah selain pakaian kotor tidak dibasuh, sekali gus menyebabkan bau busuk.
Selepas dibersihkan sukarelawan, dua lori digunakan untuk mengangkut sampah serta barangan lain yang sudah rosak atau tidak boleh digunakan untuk dibuang di tapak pelupusan.
Pasangan suami isteri yang mendapat bantuan dari kerajaan telah menyalahi undang-undang kerana mengabaikan kebajikan kanak-kanak tersebut, kata pegawai kebajikan sosial.
Namun pihak berkaitan tetap membantu keluarga berkenaan dengan menempatkan seorang pekerja sosial sepenuh masa bagi mengelakkan perkara sama berulang. - Daily Mail
Sinar Harian
Sun Aug 25 2019
Menurut NGO, mereka membuat lawatan ke rumah keluarga kurang bernasib baik dan bertemu dengan pasangan suami isteri yang juga seorang pengganggur bersama dua anak mereka. - Sinar Harian
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Dua kanak-kanak tinggal di 'rumah sampah' diselamatkan
Dua beradik perempuan berjaya diselamatkan oleh sebuah NGO setelah mendiami rumah 'tong sampah' di bandar Wandan, Taiwan.