PATTANI: Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Sai Buri, Pattani pada Khamis.
Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4 Pol Kol Kiattisak Neewong berkata kedua-dua lelaki berusia 27 dan 40 tahun itu ditemui maut di tempat kejadian.
Dalam insiden pada 6.30 pagi (waktu tempatan), beliau berkata pasukan keselamatan telah mengepong sebuah rumah di Sai Buri selepas menerima maklumat bahawa dua anggota militan bersembunyi di rumah itu.
Beliau berkata pada kira-kira pukul 10 pagi, pasukan keselamatan telah ke rumah itu untuk menasihatkan anggota militan menyerah diri melalui ketua kampung dan imam namun, mereka terus melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan.
Insiden berbalas tembakan berlanjutan kira-kira 10 minit, katanya.
"Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemui mayat mangsa di tempat kejadian. Selain itu, pasukan keselamatan turut menemui dua laras senjata api dipercayai dimiliki suspek," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau menambah bahawa kedua-dua suspek mempunyai waran tangkap.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Pasukan keselamatan ke sebuah rumah di Sai Buri, Pattani pada Khamis untuk menasihatkan anggota militan menyerah diri, namun mereka terus melepaskan tembakan.

FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM
FDI yang masuk ke Malaysia pada 2021 adalah yang tertinggi di seluruh negara ASEAN dan kita telah menerimaa lebih daripada AS$23.4 bilion.

Bekalan tepung gandum tidak terjejas, 80 peratus diimport dari Australia - KPDNHEP
Larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik tidak menjejaskan bekalan tepung gandum negara

Eriksen impi kembali beraksi di pentas Liga Juara-Juara
Eriksen mengalami serangan jantung ketika bermain untuk Denmark, Jun tahun lalu, ketika Euro 2020 menentang Finland.

Hari Belia Negara: 'Peluang pekerjaan perlu terbuka, bukan eksklusif'
Ia bagi memastikan manfaat dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan sampai kepada golongan belia disasar, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Cadangan wujud Majlis Pemulihan Negeri masih relevan - Muhyiddin
Cadangan untuk wujudkan Majlis Pemulihan Negeri masih relevan kerana sesetengah isu bukan masalah nasional tetapi berkaitan negeri atau kawasan tempatan, kata Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tidur satu jam sahaja..."- Selepas seminggu Mira Filzah kongsi nama anak
Mira berkongsi bagaimana nama itu diberikan buat putera mereka.

AWANI Ringkas: Titik panas risiko kebakaran dikenal pasti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Sidang Media Majlis Pemulihan Negara [TERKINI] Sidang Media Majlis Pemulihan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967313/thumbnails/32572379231652759905354_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang Media Majlis Pemulihan Negara
Ikuti sidang media Majlis Pemulihan Negara oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin di Kementerian Kewangan. #RayaSLK #AWANInews

Perlu waspada dengan cabaran global - Pengerusi MPN
Perlu berwaspada dengan cabaran global termasuk perang Ukraine-Rusia, status COVID-19 di China dengan risiko 'lockdown' berpanjangan serta kemunculan varian baharu, kata Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertimbang pengecualian syarat pemilikan ekuiti Bumiputera - MPN
MPN minta kerajaan pertimbang beri pengecualian syarat pemilikan ekuiti Bumiputera perolehan tanah lebih RM20 juta bagi pelaburan asing dalam sektor perkhidmatan untuk tempoh dua tahun, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan
Kedua-dua lelaki berusia 27 dan 40 tahun ditemui maut di tempat kejadian.

Anggota kumpulan pemisah maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani
Pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah yang dipercayai tempat lelaki berusia 29 itu bersembunyi.

Yazid Sufaat di bawah pemerhatian polis - KPN
Abdul Hamid berkata polis juga akan terus berhubung dengan Yazid dalam proses pemulihan.

Kampus universiti di Kabul diserang, lebih 10 maut
Dua penyerang yang dikaitkan dengan kumpulan militan itu akhirnya maut apabila pasukan polis menyerbu universiti berkenaan.