awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, 27 cedera dalam serangan Rusia di Dobropillia

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2025
00:20 MYT
Dua maut, 27 cedera dalam serangan Rusia di Dobropillia
Zelenskyy menyifatkan serangan itu sebagai sebuah keganasan Rusia yang amat dahsyat dan tidak berperikemanusiaan. - Foto REUTERS
KYIV: Dua orang terbunuh manakala sehingga 27 lagi cedera dalam serangan oleh tentera Rusia ke atas sebuah pusat beli-belah dan pasar di Dobropillia pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Serangan tentera Rusia ke atas pusat beli-belah dan pasar mengakibatkan 2 terbunuh dan 27 cedera, dengan kawasan sekitar terbakar dan diselubungi asap tebal.
  • Presiden Ukraine menyifatkan insiden itu sebagai keganasan tidak berperikemanusiaan, menyusuli kemaraan Rusia di wilayah Donetsk yang sebelum ini turut menyebabkan kematian kanak-kanak.
  • Zelenskyy melantik Yulia Svyrydenko sebagai Perdana Menteri baharu serta mengumumkan sasaran meningkatkan pengeluaran senjata buatan tempatan kepada 50 peratus dalam masa enam bulan.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dalam ucapan video menyifatkan serangan itu sebagai sebuah keganasan Rusia yang amat dahsyat dan tidak berperikemanusiaan dan melihat usaha mereka untuk meragut lebih banyak nyawa.
Dalam satu rakaman video turut menunjukkan kawasan sekitar pusat beli-belah terbakar dengan asap tebal memenuhi ruang udara lokasi terjejas.
Dobropillia terletak di barat laut Pokrovsk, yang menjadi tumpuan kemaraan tentera Rusia ke arah barat wilayah Donetsk sejak beberapa bulan lalu.
Serangan terdahulu ke atas Dobropillia pada Mac menggunakan peluru berpandu, roket dan dron telah meragut 11 nyawa, termasuk lima kanak-kanak.
Dalam perkembangan lain, Zelenskyy menyatakan keyakinan terhadap kerajaan baharu yang bakal dibentuk untuk meningkatkan pengeluaran senjata buatan tempatan kepada 50 peratus dalam tempoh enam bulan.
Beliau telah melaksanakan rombakan politik minggu ini dengan mencalonkan Yulia Svyrydenko sebagai Perdana Menteri baharu, yang sebelum ini memainkan peranan penting dalam perjanjian mineral dengan Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#Volodymyr Zelenskiy
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan