awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, lapan cedera parah ditikam di Finland

Agensi
Agensi
19/08/2017
22:53 MYT
Dua maut, lapan cedera parah ditikam di Finland
Dua maut manakala lapan cedera parah ditikam dalam satu kejadian di Turku pada Jumaat. -Reuters
Dua maut manakala lapan cedera parah ditikam dalam satu kejadian di Turku pada Jumaat.
Saksi melaporkan mereka melihat beberapa tubuh bergelimpangan di atas jalan dan operasi perniagaan di kawasan sekitar ditutup.
Serangan dipercayai dilakukan pengganas dengan menyasarkan golongan wanita.
Menurut agensi perisikan Finland, pihak Europol sedang siasat kemungkinan serangan ada kaitan dengan serangan kenderaan maut di Sepanyol.
Suspek berusia 18 tahun yang merupakan seorang pencari suaka dari Maghribi ditembak oleh polis dan cedera di bahagian paha.
Dia ditembak ketika sedang mengamuk di bandar Turku.
Menurut polis, suspek kini berada di unit rawatan rapi di bawah pengawasan keselamatan dan disiasat kerana membunuh dengan niat melakukan keganasan.
Suspek dikatakan tiba di Finland pada awal 2016 untuk mencari perlindungan.
Perdana Menteri Finland, Juha Sippila menerusi akaun Twitternya memberitahu kerajaan sedang meningkatkan kawalan keselamatan di Turku dan memantau rapi situasi di sana.
Pada tahun 2012, Perdana Menteri Finland ketika itu, Jyrki Katainen nyaris ditikam seorang lelaki ketika sedang berkempen untuk pilihan raya perbandaran.
Topic Berkaitan
#Finland
#Juha Sippila
#Maghribi
#mati ditikam
#Pencari Suaka
#Turku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan