awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut nahas pesawat ketika acara 'gender reveal'

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2021
04:17 MYT
Dua maut nahas pesawat ketika acara 'gender reveal'
Seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi maut ketika menerima rawatan kecemasan.
CANCUN: Dua maut dalam nahas pesawat ringan ketika acara 'gender reveal' di Mexico.
Kejadian berlaku pada Isnin di lagun Nichupte, Cancun menurut Syarikat Quintana Roo Nautical yang turut membantu dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa.
Memetik laporan portal berita ABC News, pesawat berkenaan sedang terbang di kawasan pantai sambil mengeluarkan asap berwarna merah jambu sebelum ia terhempas ke dalam air.
Seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi maut ketika menerima rawatan kecemasan.
Pihak polis belum lagi mendedahkan identiti mangsa dan punca kejadian tersebut.
Beberapa kematian berkaitan acara 'gender reveal' dilaporkan sebelum ini.
Seorang bakal bapa maut selepas peranti yang sedang dipasang untuk acara 'gender reveal' anaknya meletup pada 24 Februari lalu.
Lelaki berusia 28 tahun itu sedang memasang peranti itu di garaj rumahnya di New York bersama adiknya ketika ia tiba-tiba meletup.
BACA: Peranti acara 'gender reveal' meletup, bakal bapa maut
Peranti seumpama itu turut meragut nyawa seorang nenek di Iowa pada Oktober 2019 ketika dia sedang aturkan acara 'gender reveal' cucunya.
Topic Berkaitan
#nahas pesawat
#Acara
#gender reveal
#Mexico
#cancun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan