awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua nelayan maut akibat makan telur ikan buntal

Agensi
Agensi
24/02/2018
07:49 MYT
Dua nelayan maut akibat makan telur ikan buntal
Seekor ikan buntal mengandungi cukup toksin untuk membunuh 30 manusia dewasa. - Astro AWANI
Dua nelayan dari Myanmar meninggal dunia manakala seorang lagi kini dirawat di hospital setelah makan telur ikan buntal, lapor portal berita Bangkok Post.
Dua nelayan itu, yang dikenali sebagai Shwe dan Tal, telah makan telur ikan berkenaan yang baru ditangkap di atas kapal mereka yang bernama Kra Saesin 31, kata pengemudi kapal Wirat Sriwirat kepada Ketua Polis Si CHon, Chokdee Rakwattnapong pada Jumaat.
Seorang lagi nelayan warga Myanmar, Suu Kyi, dalam keadaan sangat kritikal walaupun hanya makan telur tersebut dalam jumlah yang sedikit, tambah Wirat.
Menurutnya lagi, dia telahpun memberi amaran kepada anak-anak kapalnya agar tidak makan ikan beracun itu dan juga telurnya namun amaran itu tidak dipedulikan.
Selepas 30 minit mereka memakan telur ikan itu, Tal mula muntah-muntah, mengalami kekejangan dan terus meninggal dunia, manakala Shwe pula maut tiga jam kemudian.
Wirat segera menghubungi balai polis Si Chon menerusi komunikasi radio dan kemudian kapal mereka telah diiringi polis marin ke pantai untuk menggegaskan mangsa ke Hospital Si Chon.
Seekor ikan buntal mengandungi cukup toksin untuk membunuh 30 manusia dewasa, dan tiada sebarang antidot yang berkesan setakat ini untuk menghentikan kesannya.
Berdasarkan kajian, racun dalam ikan buntal jauh lebih berbahaya daripada sianida.
Di sesetengah negara seperti Jepun, isi ikan buntal menjadi makanan eksklusif yang sangat enak, namun memerlukan khidmat tukang masak berpengalaman dan berlesen untuk menyediakannya.
Di Jepun, jika pelanggan yang dihidangkan fugu (ikan buntal) meninggal dunia akibat toksin yang tersebar sewaktu penyediaannya, tukang masak hidangan itu berdepan hukuman berat.
Topic Berkaitan
#ikan buntal
#maut
#Myanmar
#nelayan mati
#racun
#telur ikan
#toksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan