awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pegawai polis ditembak mati ketika solat Jumaat di Yala

Bernama
Bernama
05/04/2019
13:30 MYT
Dua pegawai polis ditembak mati ketika solat Jumaat di Yala
Pihak polis tidak menolak kemungkinan insiden itu didalangi kumpulan pejuang pemisah Pattani yang bergerak aktif di kawasan itu. - Gambar fail
Dua pegawai polis ditembak mati ketika menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Daerah Than To, Yala, selatan Thailand, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Than To, Kapt. Pol. Palakorn Sichai berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan) ketika kedua-dua pegawai polis berumur 51 dan 53 tahun bersama-sama kira-kira 100 jemaah sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Ibadah, Kampung Mayo.
Beliau berkata empat lelaki yang menutup muka dan bersenjata memasuki masjid tersebut ketika kesemua jemaah sujud dan melepaskan melepaskan empat das tembakan tepat ke atas kepala mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurutnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan insiden itu didalangi kumpulan pejuang pemisah Pattani yang bergerak aktif di kawasan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#jenayah
#masjid nurul ibadah
#pemisah pattani
#selatan thailand
#Solat Jumaat
#yala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan