awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakyat Malaysia ditahan cuba seludup dadah bernilai RM3.7 juta di Maldives

Bernama
Bernama
29/07/2024
14:11 MYT
Dua rakyat Malaysia ditahan cuba seludup dadah bernilai RM3.7 juta di Maldives
Dua warga Malaysia ditahan ketika cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM3.7 juta ke Maldives. - Foto hiasan
NEW DELHI: Dua warga Malaysia ditahan ketika cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM3.7 juta ke Maldives.
Menurut polis Maldives, pegawai Kastam negara itu menemukan 15 kilogram (kg) ganja di dalam bagasi seorang warga Malaysia berusia 44 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana dengan penerbangan Emirates EK656 dari Dubai pada pagi Sabtu.
Superintendan polis Mohamed Afzal berkata ganja yang dirampas itu dianggarkan bernilai 12.3 juta rufiyaa Maldivian (RM3.7 juta) dan ujian awal mengesahkan bahan itu adalah ganja.
"Berikutan penemuan ini, Bahagian Penguatkuasaan Dadah kami memulakan operasi penghantaran terkawal. Operasi ini membawa kepada penahanan seorang lagi suspek, seorang lelaki warga Malaysia berusia 41 tahun, pada malam 28 Julai," menurut polis dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama lima hari.
"Siasatan kami sedang berjalan, dan kami bekerjasama rapat dengan rakan penguatkuasa undang-undang antarabangsa untuk mengumpul maklumat tambahan," kata ketua inspektor Ahmed Waheed.
Siasatan menunjukkan kemungkinan kaitan suspek dengan individu dari empat negara berbeza yang merupakan sebahagian daripada rangkaian pengedaran dadah antarabangsa.
Rampasan ganja itu adalah yang terbesar di Maldives tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Malaysia
#ditahan
#cuba seludup dadah
#Maldives
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan