awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua terbunuh dalam serangan udara terbaharu Yaman

Agensi
Agensi
04/02/2018
16:12 MYT
Dua terbunuh dalam serangan udara terbaharu Yaman
Tiada siapa tahu berapa ramai lagi yang cedera atau maut, kata saksi kejadian Hussein Al-Ziyadi. BERNAMA/Photo: Hani Al-Ansi/dpa
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala berpuluh yang lain cedera dalam serangan udara di Sanaa, Yaman.
Serangan pada Ahad itu mensasarkan ibu pejabat polis yang dikawal pemberontak Houthi.
Menurut saksi, ketika serangan, orang ramai sedang sibuk berurusan termasuk penduduk yang mengemaskini cap jari dan mereka yang ingin melakukan perjalanan keluar dari bandar itu.
"Kami tidak sedar kehadiran pesawat terbabit, tiba-tiba sahaja ia berlalu dan mensasarkan bangunan tersebut.
"Di dalam bangunan itu terdapat ramai orang yang sedang berurusan dan tiada siapa tahu apa yang berlaku sehingga sekarang.
"Tiada siapa tahu berapa ramai lagi yang cedera atau maut," jelas saksi kejadian Hussein Al-Ziyadi.
Sementara itu, menurut seorang petugas yang mengalami kecederaan ringan, dia sedang bertugas ketika serangan berlaku.
"Ketika pesawat terbabit melancarkan serangan kami semua sedang sibuk dengan tugas masing-masing," jelas Abdel Aziz Rageh.
Menurut laporan media tempatan Saba News Agency, tentera pakatan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi yang disokong Arab Saudi dan Amerika Syarikat telah melancarkan 16 serangan udara ke beberapa wilayah sejak 24 jam lalu termasuk serangan di Sanaa.
Selain itu, dua serangan udara dilaporkan berlaku di wilayah Saada dan sekitarnya, manakala dua serangan udara lain dilancarkan di daerah Azhor di sempadan Razeh.
Namun buat masa ini belum ada sebarang maklumat lanjut berhubung bilangan korban nyawa dan mereka yang cedera di dua wilayah terbabit.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#Houthi
#Sanaa
#serangan udara
#tentera
#Yaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan