awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOF teliti kesesuaian pengeluaran caruman KWSP untuk MHIT - Amir Hamzah
China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua terbunuh ketika ribut kuat landa Perancis

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2025
04:00 MYT
Dua terbunuh ketika ribut kuat landa Perancis
Lebih 39,000 panahan kilat direkodkan di seluruh Perancis dan Belgium sepanjang malam, menurut laman penjejak cuaca Lightning Maps. - Foto REUTERS
PARIS: Dua orang terbunuh dan beberapa kawasan dilanda banjir kilat apabila ribut petir dan angin kencang melanda sebahagian besar Perancis pada Rabu malam, menamatkan gelombang haba yang melanda negara itu sejak beberapa hari lalu.
Seorang lelaki berusia 59 tahun maut apabila motosikalnya melanggar pokok tumbang di wilayah Mayenne, manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terbunuh selepas dihempap pokok ketika bermain di tepi sungai di Tarn-et-Garonne, selatan Perancis.
Di ibu kota Paris, hujan lebat menyebabkan air melimpah ke jalan-jalan utama, memerangkap kenderaan dan memaksa penduduk serta pelancong mencari perlindungan.
Bumbung bangunan Parlimen turut mengalami kebocoran, memaksa sidang tergempar mengenai konflik Timur Tengah dihentikan sementara.
Lebih 39,000 panahan kilat direkodkan di seluruh Perancis dan Belgium sepanjang malam, menurut laman penjejak cuaca Lightning Maps.
Jabatan bomba Paris menerima puluhan laporan pokok tumbang, namun tiada kecederaan lain dilaporkan setakat ini.
Agensi cuaca Météo-France menjangkakan cuaca akan kembali panas menjelang hujung minggu, dengan suhu dijangka mencecah 40°C semula di beberapa kawasan.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#ribut petir
#angin kencang
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan