awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dunia mungkin miliki 24 kuasa nuklear - Ketua IAEA

Bernama
Bernama
07/09/2025
11:24 MYT
Dunia mungkin miliki 24 kuasa nuklear - Ketua IAEA
Rafael Grossi berkata, proses perlucutan senjata atau pengurangan terkawal stok simpanan senjata nuklear telah terhenti. - Gambar fail
ROM: Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memberi amaran bahawa dunia mungkin berdepan sehingga 25 negara bersenjata nuklear, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Tanpa niat untuk menimbulkan panik," kata Rafael Grossi kepada akhbar harian Itali La Repubblica dalam temu bual yang disiarkan pada Ahad, "risiko konflik nuklear kini lebih tinggi berbanding masa lalu."
Grossi menyatakan pada satu tahap, 20 hingga 25 negara mungkin memiliki senjata nuklear, walaupun beliau tidak menyebut jangka masa tertentu. Pada masa ini, terdapat sembilan kuasa nuklear, menurut beberapa pakar.
"Proses perlucutan senjata atau pengurangan terkawal stok simpanan senjata nuklear telah terhenti," kata ketua IAEA itu. "Negara yang memiliki senjata nuklear terus menghasilkannya dengan lebih banyak, termasuk China."
Beliau juga menyatakan bahawa terdapat perbincangan yang semakin kerap dan terbuka mengenai serangan nuklear taktikal, yang disifatkannya sebagai membimbangkan.
Grossi berkata beliau bimbang pemimpin di beberapa negara telah mengumumkan hasrat mereka untuk memperoleh senjata nuklear.
Apabila ditanya mengenai negara berkenaan, Grossi berkata: "Sebagai ketua IAEA, saya tidak boleh menyatakannya. Negara-negara ini penting di Asia, Asia Kecil dan Teluk Parsi. Dunia dengan 20 hingga 25 negara bersenjata nuklear adalah tidak dapat diramal dan berbahaya."
Sembilan negara bersenjata nuklear itu termasuk lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis dan China - serta India, Pakistan, Korea Utara dan Israel, menurut laporan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) dan maklumat daripada Kempen Antarabangsa untuk Menghapuskan Senjata Nuklear (ICAN).
Secara kolektif, mereka dianggarkan memiliki kira-kira 12,000 senjata nuklear, dengan Rusia dan AS memiliki kira-kira 10,700 daripadanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kuasa nuklear
#IAEA
#Rafael Grossi
#senjata nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan